Artikel Pilihan

MAZDA MX-5 MIATA NC, HABISKAN LITAR NURBURGRING DALAM MASA KURANG 8 MINIT

Penulis mendapat satu komen dalam ruangan media sosial, mengatakan enjin 1500cc SkyActive G 4 silinder yang menjana 118 kuasa kuda dan 153Nm tork yang dipasang pada Mazda 3 1.5 G Liftback adalah tidak mencukupi.

Netizen mengatakan pilihan enjin yang lebih baik semestinya enjin turbo 1500cc turbo yang kebanyakan boleh menjana sehingga 175 kuasa kuda dengan mudahnya. Kebanyakan netizen suka membandingkan data mudah yang tertera di atas kertas dan membandingkan kuasa enjin turbo dengan enjin aspirasi normal.

Namun netizen gagal membaca beberapa perkara lain yang tidak dinyatakan di atas kertas seperti susunan gear ratio, nisbah gear ratio yang terakhir, ketegaran cesi serta bagaimana keupayaan cesi menghadapi tekanan ketika melalui selekoh yang tajam.

Tidak dinafikan yang yang enjin turbo lebih berkuasa jika dibandingkan dengan enjin aspirasi normal, memberikan kelebihan pada jentera ketika memulakan pecutan, di jalan lurus dan keluar daripada selekoh. Namun jarang sekali enjin turbo digunakan secara maksimum sewaktu mengambil selekoh dan kebanyakan pemandu gagal mengoptimakan kekuatan enjin di laluan berselekoh

Di laluan berselekoh, cesi yang seimbang, stering yang reaktif, suspensi yang ditala dengan baik, brek yang mencengkam dan bahagian cesi belakang yang tidak berayun ketika selekoh laju diambil adalah jauh lebih penting berbanding dengan enjin yang kuat semata-mata?

Berapa laju anda pernah membelasah selekoh tajam? Berapa berani anda menekan pedal rapat ke lantai bagi mendapat kuasa maksimum di selekoh?

Dalam video di bawah, sebuah Mazda Miata MX-5 NC yang telah dipandu oleh Robert Serwanski berjaya menghabiskan satu pusingan dalam masa 7 minit 58 saat sahaja. Dalam keadaan standar, Miata ini berupaya menjana sehingga 170 kuasa kuda daripada enjin MZR LF-VE.

Namun Miata NC yang dipandu oleh Robert telah diubahsuai secara minima dengan ECU remap, penggantian ekzos, cold air intake, tayar bersaiz 226/45 R16 untuk kegunaan jalan raya biasa, spring yang lebih keras, anti roll bar dari RX-7, pelapik brek prestasi tinggi, cecair brek prestasi tinggi, kusyen dengan gentian karbon dan menjadikan keseluruhan berat jentera hanyalah 1175kg sahaja.

Dalam video ini juga anda boleh lihat Robert Serwanski beramah mesra dengan Porsche 911 GT3 RS, yang dikuasakan dengan enjin 4000cc Boxer aspirasi normal bagi menjana sehingga 502 kuasa kuda pada 9000 RPM. Porsche 911 GT3 RS berjaya memintas Miata NC di laluan lurus sebelum dipintas kembali oleh Miata di laluan berselekoh.

Robert Serwanski adalah Project Manager dan Chief Test Driver bagi kumpulan Koenigsegg daripada tahun 2010 sehingga tahun 2016. Walaupun ini adalah video lama, video ini masih seronok untuk ditonton.

Untuk video terbaru, Robert telah berjaya mencatatkan masa lebih pantas dengan catatan sekitar 7 minit 37 saat sahaja di Video INI

Google ads
Back to top button