Buletin

MBM CATAT JUALAN TERBAIK PADA MEI

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) meneruskan momentum jualan dan mengukuhkan kedudukannya selaku peneraju jenama premium di Malaysia.

Mercedes-Benz-malaysia-may-sales mekanika (2)

MBM mengumumkan bahawa kereta penumpangnya mencatat rekod terbaik pada bulan Mei. Sebanyak 1,143 unit kenderaan telah didaftarkan, peningkatan lebih 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (544 unit).

“Kami memulakan tahun 2015 dengan cukup baik, hasil daripada strategi pasaran yang dinamik. Kami bukan sekadar menghasilkan kenderaan penumpang yang mewah, malah fokus untuk memenuhi ekspektasi pelanggan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Roland Folger.

Mercedes-Benz-malaysia-may-sales mekanika (3)

Angka jualan yang positif itu banyak disumbang oleh model C-Class, E-Class dan S-Class dengan 888 unit. Model yang paling mendapat perhatian ialah E300 BlueTEC Hybrid yang dilancarkan pada Januari 2015, C200 dan S400L Hybrid.

Sementara model kompak iaitu A-Class, B-Class, CLA dan GLA pula mencatat jualan sebanyak 254 unit. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button