Buletin

MBM SERAH KENDERAAN KOMERSIL YANG KE-25,000

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini secara rasminya telah menyerahkan kenderaan komersil yang ke-25,000.MBM-Landbridge Haulage-mekanika (1)

Jentera yang dipasang tempatan itu diserahkan kepada syarikat logistik Landbridge Haulage (M) Sdn, Bhd. (Landbridge Haulage).

MP3 2644LS 6×2 L-Cab ialah merupakan sebahagian daripada lima unit trak yang dibeli oleh Landbridge Haulage. Syarikat itu kini sudah pun memiliki 85 unit kenderaan komersil Mercedes-Benz.

MBM-Landbridge Haulage-mekanika (4)

“Penyerahan unit yang ke-25,000 ini sememangnya satu pencapaian buat kami. Kami juga ingin mengukuhkan komitmen terhadap pasaran Malaysia untuk terus menghasilkan produk yang boleh dipercayai, kos efisien dan servis berkualiti,” kata Naib Presiden Kenderaan Komersial MBM,  Albert Yee.

MBM telah membekalkan kenderaan komersil kepada Landbridge Haulage bernilai RM13 juta sejak tahun 2008. Model terbaharu itu akan digunakan untuk mengangkut kontena.

MBM-Landbridge Haulage-mekanika (2)

“Kami memerlukan kenderaan komersil yang jimat minyak, selang servis lebih lama, selesa dan selamat buat para pemandu. Kami yakin kenderaan komersil Mercedes-Benz memenuhi kriteria ini.

“MBM menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada perniagaan kami. Ia merangkumi  perkhidmatan selepas jualan hinggalah pakej pembiayaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Landbridge Haulage, Dato’ Hew Han Seng.

Kenderaan komersil Mercedes-Benz disokong oleh rangkaian 14 pusat servis di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mercedes-benz.com.my atau hubungi talian 1-800-88-1133.

Google ads
Back to top button