Motosikal

ITALIA INDEPENDENT DUCATI SCRAMBLER

Italia Independent, syarikat dan rantaian peruncit yang dibangunkan oleh pewaris Fiat, Lapo Elkann menjalankan kerjasama tiga tahun dengan Ducati.  Projek pertama ialah Italia Independent Ducati Scrambler limited edition.

italia-independent-ducati-scrambler-mekanika (1)

Didedahkan di Miami, model edisi terhad itu menerima kemasan berwarna hitam pada sirip kepala silinder, ekzos bersama silencer Termignoni, hendal bar lebih rendah dan cermin sisi aluminium.

Pelana kemasan kulit disepadankan dengan kaca mata Ducati Scrambler  yang akan ditawarkan di butik  Italia Independent.

italia-independent-ducati-scrambler-mekanika (3)

Madgad hadapan, fairing, rangka dan roda turut disembur warna Night Copper (warna yang direka khusus untuk edisi terhad) dan pelana turut dijahit dengan warna sama.

Setiap unit Ducati Scrambler berkenaan dipadankan dengan nombor siri yang dilaser di atas plat aluminium. Bahkan dapat dilihat logo  Italia Independent turut diletakkan pada kedua-dua sisi tangki dan pelana.

Model tersebut hanya dikeluarkan sebanyak 1,077 unit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button