Motosikal

KUASA JENTERA ELEKTRIK BMW eRR

Selepas skuter C Evolution, BMW Motorrad melangkah lebih jauh dalam visi tenaga hijaunya  dengan memasuki kelas motosikal elektrik lebih tinggi.

bmw-motorrad-err-mekanika (4)

Kini BMW beralih ke jentera eRR. Jentera elektrik berkenaan berasaskan kepada model S1000RR. Malah, ia turut menerima prestasi pecutan, kelajuan maksimum dan pengendalian seperti S1000RR.

Walaupun perincian spesifikasi masih belum didedahkan, jentera eksperimen itu direka bagi menganalisis keupayaan menggunakan sumber kuasa elektrik pada sportbike.

bmw-motorrad-err-mekanika (2)

BMW Motorrad mendakwa pecutan motor eRR dari sifar ke 50 km/j lebih bertenaga berbanding C Evolution.

Ketua BMW Motorrad, Stephan Schaller memberitahu, sejak pelancaran sportbike RR, ia memberikan keterujaan kepada penunggang.

bmw-motorrad-err-mekanika (7)

“S1000RR sudah menetapkan standard sebagai sportbike dari segi pecutan, pengendalian dan kelajuan maksimum.

“Kami sendiri tertanya-tanya apakah akan terjadi apabila menggabungkan motosikal sport dan pacuan elektrik, kerana jentera eksperimen eRR ini berkaitan dengan sifar emisi,” katanya.

bmw-motorrad-err-mekanika (6)

Projek berkenaan masih berada dalam fasa konsep. BMW berharap ia dapat diteruskan menjadi model produksi satu masa nanti.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button