Buletin

McLAREN 750S LE MANS EDISI ISTIMEWA DENGAN HANYA 50 UNIT MENJADI REBUTAN

McLaren Automotive meraikan ulang tahun ke-30 ketika debut model yang menang di 24 Hours of Le Mans – melengkapkan pencapaian Triple Crown yang unik serta kembalinya McLaren ke kelas teratas acara itu bermula 2027. Dengan hanya 50 unit kereta sedang dibina, model 750S Le Mans bersedia untuk menjadi salah satu siri supercars pengeluaran McLaren yang paling dicari dan dinantikan oleh penggemarnya.

Pada 18 Jun 1995 model McLaren F1 GTR #59 – dipandu oleh JJ Lehto, Yannick Dalmas dan Masanori Sekiya – memenangi perlumbaan 24 jam juga disertai oleh tiga lagi McLaren F1 GTR untuk menduduk di lima tempat teratas. Hanya beberapa hari sebelum ulang tahun ke-30, dua kereta McLaren GT3 EVO – berdasarkan 750S – akan bersaing sebagai tanda penghormatan LMGT3 pada edisi klasik perlumbana yang menguji ketahanan untuk edisi tahun ini.

McLaren 750S Le Mans memberi penghormatan kepada model ikonik #59 F1 GTR dengan cat luaran Le Mans Grey yang sepadan – dengan pilihan McLaren Orange juga tersedia lengkap rekaan bumbung istimewa dan juga roda aloi LM 5 jejari.

Ia juga akan menampilkan High Downforce Kit (HDK) MSO baharu, yang menambah drama visual terhadap model 750S dengan Active Rear Spoiler menggunakan bahan gentian karbon.

Bahagian bampar hadapan hadapan yang menampilkan pembahagi gentian karbon yang telah dipertingkatkan serta sayap belakang sekali gus memberikan tekanan daya bawah yang telah ditingkatkan sehingga 10% berbanding model 750S standard serta meningkatkan prestasi brek dan juga aerodinamik yang lebih baik. Melengkapkan pakej HDK ialah panel bawah sayap gentian karbon berwarna badan baharu yang menampilkan louvre hitam berkilat.

Pelanggan McLaren 750S Le Mans juga akan mempunyai pilihan Carbon Black dengan Dove Grey atau Carbon Black dengan kombinasi warna dalaman McLaren Orange dengan penjenamaan Le Mans meliputi plak istimewa, dengan semua kereta menampilkan portfolio ciri unik sebagai standard seperti kemasan ekzos Titanium misalannya.

Untuk memberikan lebih rasa istimewa, setiap model 750S yang dibeli akan turut disertakan paparan plak kemenangan Le Mans 1995 dengan pencapaian Triple Crown yang dipasang di bahagian ruangan bagasi hadapan.

Model 750S ini akan dilengkapi dengan trenkuasa V8 McLaren 750PS M840T 4.0-liter pengecas turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 740 PS dan 800 Nm yang digandingkan dengan kotak gear  tujuh kelajuan dual-klac.

BACA : MCLAREN PERKENAL ENJIN BARU, LAGI POWER & LULUS EURO7

BACA : MIKA HAKKINEN PANDU MCLAREN SOLUS GT DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED

Google ads

B K

Back to top button