Artikel PilihanBuletin

MCLAREN MP4-12C YANG MURAH. TIADA GEAR UNDUR DAN HANYA ADA GEAR 1!

Kereta yang ada masalah biasanya susah untuk dijual. Melainkan ada yang sanggup selesaikan masalah tersebut dan membeli pada harga bawah pasaran. Ia perkara biasa. Ya. biasa saja kalau kereta tu Myvi atau Perdana gearbox kong. Tapi yang ini, lain kisahnya. Ia sebuah McLaren!

Berapakah harga sebuah McLaren MP4 dengan kotak gear yang dah “koyak”. Dalam kes ini, ia hanya RM416,000 (USD100,00 sahaja berbanding harga pasaran sebenarnya mencecah RM1 juta.

Ia sebuah kereta supercar moden yang cukup pantas. Di Nurburgring, kereta ini mencatat masa pusingan. Sama laju dengan sebuah Porsche Carrera GT.

Tyler Hoover mungkin bertuah kerana mampu memiliki sebuah McLaren dengan harga hampir separuh murah dari pasaran. Sebuah kereta berenjin 3.8 liter turbo berkembar 616HP dan 600Nm tork, ia adalah harga yang sangat tak masuk akal.

Tapi nanti dulu.

Kereta ni ada masalah. Senang cakap, masalah utama. Kotak gear kereta ini hanya boleh masuk gear satu sahaja. Payah juga, takkan nak bawak gear satu dari Mentakab sampai Kolumpo?

Nasib lebih malang juga gear undur pun tak boleh pakai. Nak bawak pergi kedai beli kicap pun kena cari parking sisi (parrarel) dan berdoa lah tak ada orang parking rapat.

Tags
Google ads
Back to top button