KEMBARA TRANS BENUA : CUBAAN DAN KEJAYAAN OLEH RAKYAT MALAYSIA
Jauh perjalanan luas pandangan. Ada yang mengatakan bahawa ilmu hasil dari pengembaraan lebih banyak dari membaca. Fokus penulisan artikel ini akan merujuk kepada pengembara-pengembara dari Malaysia yang merantau jauh dengan berkereta atau bermotorsikal.
Pengembaraan-pengembaraan ini meliputi antara benua sehinggalah mengelilingi dunia yang wajar menjadi contoh bagi mereka yang berkira-kira mahu melakukan perkara yang sama.
Ada yang mendapat tajaan dan ada yang mengeluarkan duit poket sendiri. Semuanya atas nama menjelajah demi kepuasan diri.
Berikut adalah beberapa individu atau konvoi berkumpulan yang pernah mengembara dunia dan telah mendapat liputan agak meluas media semasa serta media sosial:
1.Shamsurrijal Abdul Jamil
Merupakan seorang Juruukur dari Johor menggunakan Proton Satria GTi pada 2003. Misi Proton Satria GTi yang dinamakan Jalur Gemilang 2 ini adalah untuk menjelajah 118 negara dengan jarak kira-kira 80000km. Selain membawa mesej kedamaian, ia juga merupakan cubaan untuk memecah rekod Guinness bagi kategori ‘Vehicle Entering the Most Countries’ yang dilakukan oleh Jim Rogers yang menjelajah 111 negara. Satria GTi yang bernombor pendaftaran MAS 2001 (MAS = Malaysian Achievement Spirit – Semangat Pencapaian Malaysia. Berjaya melalui lebih 20 buah negara.
2.Ekspedisi 1Malaysia Kembara Ke Bumi Suci 2010
Bermotosikal untuk mengerjakan umrah. Kumpulan bermotorsikal terdiri dari beberapa individu termasuk Datuk Zamri Mohamed, Senator Mohd Khalid Ahmad dan beberapa individu lain. Dikatakan sebagai kumpulan pertama yang melakukan ekspedisi begini pada 2010. Kembara bermotosikal ini telah merentasi 12 negara selama 54 hari meliputi 18000km jarak perjalanan. Selepas kejayaan kembara ini, ada beberapa cubaan yang sama dilakukan oleh beberapa kumpulan yang berbeza.
3.Anita Yusof
Seorang bekas ahli kumpulan muzik rock wa cakap lu. Kembara yang dinamakan Global Dream Ride ini menjadikan Puan Anita pemegang rekod Guinness Malaysia sebagai wanita pertama mengembara mengelilingi dunia secara solo. Beliau yang bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah institut perguruan tempatan telah menjelajah ke 4 benua, selama 370 hari, melibatkan 40 negara melangkaui jarak 65369km menggunakan motosikal Yamaha FZ pada 2016.
4.Hadi Hussein
Hebat tak hebat, beliau mengambil keputusan berhenti kerja untuk mengembara. Paling best, beliau telah membuktikan motosikal kapcai juga mampu menjelajah. Menggunakan tema Í Am Malaysian’, pengembaraan pertamanya ke London pada dengan jarak 24000km tanpa sebarang tajaan pada 2010. Ekspedisi ini membawa beliau melalui 24 negara selama 6 bulan. Pengembaraan kedua 2012 pula meliputi kepulauan Indonesia dan Borneo yang menjangkau jarak 11000km dengan motosikal Modenas GT128 yang sama.
5.Chris
Menggunakan skuter SYM 200 menjelajah merentasi sempadan beberapa buah negara Indochina seperti Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan China. Mengambil masa 16 hari dengan jarak mencecah lebih 8000km. Melalui update yang dilakukan oleh Chris sepanjang perjalanan beliau, memang nampak dia berseronok menjelajah walaupun menghadapi beberapa masalah kecil yang semuanya dapat diatasi dengan tenang.
6.Mohd Alfishahrin & Isteri
Juga berhenti kerja untuk menjelajah ke kota London menggunakan Honda kapcai RS150R. Ia adalah di bawah program Anak Muda Bebas Dadah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Selangor. Bermula sejak April lalu dan telah melalui 23 buah negara. Selain itu, mereka ingin mengibarkan Jalur Gemilang di kota London sempena sambutan hari Kemerdekaan yang lalu dan mempromosikan program perhimpunan mega motosikal kapcai di Stadium Sham Alam pada 23 September ini. Pasangan ini telah mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM40000.
Mungkin terdapat beberapa lagi individu yang telah melakukan pengembaraan secara senyap-senyap tanpa liputan media. Apa-apa pun semoga berjaya.