
MEDKLINN HOMETRAVEL SERIES – TEMAN PERJALANAN ANDA YANG VERSATIL
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kualiti udara memang menjadi perkara pokok dalam semua urusan kita.
Bahkan untuk ke mana-mana sekalipun tidak kira untuk bercuti ataupun melancong, kualiti udara yang baik memang sangat penting bagi memastikan kita kekal sihat. Sekali gus membolehkan kita menikmati percutian yang lebih berkualiti.

Untuk anda yang selalu mengembara atas urusan pekerjaan ataupun bercuti, Medklinn kini telah memperkenalkan dua model baru Hometravel Series.
Ia dinamakan Versa 25 yang boleh digunakan dalam ruang seluas sehingga 250 kaki persegi. Manakala Versa 45 untuk ruangan yang mencapai keluasan 450 kaki persegi.

Apa yang menarik, jika membeli menerusi Mekanika Malaysia, anda akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus. Maksudnya, harga asal Versa 25 ialah RM669 akan menjadi RM535.20 sahaja.
Sementara Versa 45 yang berharga RM869 pula kini boleh ada miliki pada harga RM695.20 selepas diskaun. untuk mendapatkan diskaun ini, hanya masukkan kod promo mekanika3678 ketika hendak membuat pembayaran.
Untuk membeli, klik pada pautan INI.
Untuk tempoh terhad, anda juga akan menerima katrij percuma bernilai RM139 dan casing berwarna berharga RM99.
Satu kelebihan Medklinn Versa ini ialah ianya cukup ringan dan memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Dengan berat hanya 220 gram, ia sebenarnya adalah lebih ringan dari sebuah tablet ataupun telefon pintar anda.
Selain daripada itu saiznya cukup kompak dan comel. Ia tidak akan memakan ruang yang banyak dalam beg pakaian anda.

Selain daripada satu unit casing asal, andajuga boleh memilih casing tambahan dengan pelbagai pilihan warna untuk disesuaikan dengan mood semasa korang. Antara pilihan warna yang ada ialah Calm Blue, Sunshine Yellow, Pearl White, Happy Green, Sexy Red, Rose Gold, Classic Titanium dan Pastel Pink.
Medklinn Versa ini dikuasakan dengan dua cara sama ada mengunakan adaptor kuasa USB ataupun korang boleh juga menggunakan power bank (5V2A).
Sama seperti produk Medklinn lain, Versa 25 dan 45 ini juga bukan hanya membersihkan udara.
Malah pada semua permukaan dalaman dengan menggunakan Oksigen Aktif. Oksigen Aktif itu dibebaskan untuk membunuh kulapuk, bakteria, bau busuk dan virus yang berada di udara dan permukaan sofa, tilam, langsir dan karpet di rumah anda.

Berita baiknya pula ialah Medklinn Versa 25 dan 45 ini cuma memerlukan penjagaan yang minima. Caranya ialah dengan menukar katrij setahun sekali. Benar, cuma setahun sekali dan dengan kos RM139.
Jadi untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik, dapatkan Medklinn Hometravel Series Versa 25 ataupun Versa 45 anda hari ini.