Buletin

NIKMATI UDARA SEGAR DI DALAM RUMAH DENGAN MEDKLINN ASENS+40

Dengan kualiti udara yang tidak menentu dan semakin teruk ketika musim jerebu melanda, menghirup udara yang berbau seperti asap memang melemaskan.

Ketika itulah kita akan rajin melihat apakah peranti yang boleh menjadikan udara di dalam rumah lebih segar dan tidak berbahaya. Antara yang pantas melintas di kepala pastinya unit penapis udara atau ionizer yang banyak dijual di luar sana.

Tetapi, tahukah anda bahawa ada lagi satu pilihan yang wajar anda pertimbangkan untuk menyelesaikan masalah ini? Perkenalkan Medklinn Asens+40 yang mampu membuatkan udara di kediaman anda lebih segar dan bersih.

Untuk makluman, Asens+40 boleh membersihkan udara di kawasan seluas 400 kaki persegi.

Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa Asens+40 bukanlah penapis udara atau ionizer. Sebaliknya, peranti dengan reka bentuk kompak itu berfungsi mengeluarkan oksigen aktif yang seterusnya dapat menghilangkan apa jua bau busuk dan membunuh sehingga 99.99 peratus bakteria, virus, alahan serta kulat di dalam udara serta di atas permukaan.

Apa yang membuatkan Asens+40 begitu unik adalah teknologi Cerafusion Cartridge yang digunakannya. Katrij itu tidak menapis elemen negatif yang ada di dalam udara dan di atas permukaan, sebaliknya ia mengeluarkan oksigen aktif yang berfungsi membunuhnya.

Oksigen aktif sebenarnya dihasilkan oleh alam sekitar menerusi proses fotosintesis, sinaran UV, air yang mengalir dan ribut petir. Dengan memasang Asens +40, anda seolah-olah meletakkan elemen tersebut di dalam rumah!

Mengaplikasikan teknologi dari Jepun, oksigen aktif terdiri daripada 3 atom oksigen dan 1 atom oksigen negatif. Oksigen aktif membersihkan udara dan permukaan rumah anda menerusi 5 cara:

  • Menghapuskan bakteria dan dan virus dengan cara memecahkan dinding sel bakteria serta merosakkan DNAnya.
  • Mengoksida kompaun organik berbahaya (VOC), satu bahan kimia penyebab kanser.
  • Memusnahkan allergen seperti habuk hama yang boleh menyebabkan alahan.
  • Menghilangkan bau seperti rokok, haiwan peliharaan, makanan dan kulat
  • Menghilangkan debu, spora dan sebagainya.

Satu lagi perkara menarik tentang Asens+40 adalah ia sangat mudah untuk digunakan. Hanya sambungkannya kepada plug elektrik di dinding dan ia sudah boleh digunakan.

Anda juga tidak perlu membersihkan sebarang penapis. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar katrij itu setahun sekali. Sangat mudah.

Saya sudah menggunakan Asens+40 hampir sebulan di dalam bilik tidur utama. Setakat ini, saya memang berpuas hati dengan kualiti udaranya. Tiada lagi bau yang kurang menyenangkan berbanding sebelum ini.

Rasa itu membuatkan saya ingin mendapatkan satu atau dua lagi unit Asens+40 untuk diletakkan di ruang tamu dan dapur.

Untuk tempoh terhad, anda boleh mendapatkan Asens+40 pada harga istimewa jika membelinya melalui Mekanika Malaysia. Harga asalnya ialah RM779. Anda akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus jika masukkan kod ‘mekanika522’ menjadi RM623.20 seunit dan satu katrij secara percuma.

Jika berminat, jangan tunggu lagi. Medklinn Asens+40 mungkin boleh menjadi penyelesaian kepada masalah alahan atau resdung anda.

Cubalah..

Google ads
Back to top button