Buletin

MS-RT R185 LIMITED EDITION, VAN BARANG SPORTI

Jika sebelum ini MS-RT dengan dunia rali ibarat isi dengan kuku kini giliran van barang atau light commercial vehicle (LCV) pula. MS-RT kerap mengeluarkan LCV dengan gaya sporti dan terbaru MS-RT R185 edisi terhad.

Edisi ini adalah siri terbaru dalam Ford Transit Custom dengan kelulusan QVM (Qualified Vehicle Modifiers) dari Ford dan dipasang dengan tangan di kilang MS-RT yang terletak di Pontypool di South Wales.

Hanya 40 unit terhad R185 ditawarkan di pasaran dengan harga permulaan GBP£37,995 (RM208,287).

R185 dibina dari varian Transit Custom DCIV double cab lima penumpang dengan kelengkapan canggih seperti lampu utama bi-xenon, sistem bantuan pemandu di antaranya kawalan jelajah adaptif, BLIS, kamera undur, power inverter 230v dan pintu kargo lift-up.

Bukan MS-RT jika menggunakan roda biasa dan van ini dilengkapi roda aloi OZ Racing 18 inci berwarna hitam kilat.

Bahagian dalam dibezakan melalui stereng gentian karbon penuh dengan riasan dan sulaman merah selain dari balutan kulit juga dengan kemasan merah.

Satu lagi keistimewaan van ini ialah sistem ekzos Maxhaust yang menggunakan aplikasi telefon pintar bagi memberikan deruman ekzos sport melalui pembesar suara. Muncung ekzos didatangkan dalam warna hitam kilat.

Bahagian luar diberi warna Slate Grey dari bahagian Special Vehicle Operations Ford dengan grafik rali berwarna hitam dan merah. Gril radiator turut hadir dengan warna merah.

Bagi memelihara eksklusiti, MS-RT akan kekal dengan unit terhad dan tidak akan menambah jumlah produksi. MS-RT R185 bukan setakat van barang, ianya lebih layak dijadikan sebagai collectors’ item!.

Google ads
Back to top button