Artikel PilihanBuletin

MEDKLINN AUTOPLUS – UDARA KABIN KERETA LEBIH BERSIH, HARGA PROMOSI RM351.20

Pembersih udara yang efektif memang sangat diperlukan di dalam sesebuah kenderaan. Ia bukan hanya berfungsi menapis segala kotoran dan debu di dalam udara tetapi seharusnya mampu berfungsi lebih daripada itu.

Jadi, Medklinn telah memperkenalkan pembersih udara baru untuk kereta anda yang dinamakan Autoplus. Harus tahu bahawa Medklinn ialah jenama tempatan yang menggunakan teknologi pembersihan udara dari Jepun.

Keberkesanan produk Medklinn membuatkannya digunakan secara meluas di hospital dan Hotel.

Terlebih dahulu, anda perlu faham perbezaan utama di antara Autoplus Medklinn berbanding penapis udara lain yang banyak di pasaran.

Secara ringkas, Autoplus menggunakan Cerafusion Cartridge terbaru yang telah dipatenkan. Katrij  yang berharga RM90 itu hanya perlu ditukar setahun sekali dan tidak perlu dibersihkan seperti penapis udara lain.

Teknologi Cerafusion tidak menapis, sebaliknya mengeluarkan Oksigen Aktif untuk menjadikan udara rasa jauh lebih segar dan bau busuk dapat dihilangkan secara efektif.

Apakah Oksigen Aktif? Ia merupakan oksigen yang dihasilkan oleh alam sekitar menerusi proses fotosintesis, sinaran UV, ribut petir dan air yang sedang bergerak.

Justeru, Autoplus berfungsi menghasilkan aliran Oksigen Aktif yang akan memenuhi ruangan dalaman kereta anda dan kemudian bertindak menghapuskan bakteria, virus, kulapuk, bau, alergen dan sebarang pencemaran yang berada di udara serta di permukaan fizikal seperti tempat duduk, papan pemuka dan karpet.

Autoplus juga dilengkapi dengan suis kawalan Oksigen Aktif untuk disesuaikan dengan keadaan dan saiz kenderaan.

Satu lagi keunikan Autoplus ialah peranti itu berperanan menghantar ‘tentera-tentera’ kecil untuk membunuh elemen-elemen negatif tersebut. Sedangkan penapis udara pula hanya menyedut dan memerangkap bakteria, virus dan hama ke dalam ‘penjaranya’.

Sudah pasti, sampai masa ‘penjara’ itu akan penuh dan penapis udara tersebut menjadi kurang berkesan.  

Lagi pun, tidak kira sekerap mana kita mencuci ataupun mengelap bahagian dalaman kenderaan, tidak semestinya ia seratus peratus bebas kotoran. Mungkin kotoran fizikal boleh dibersihkan tetapi bagaimana pula dengan kotoran yang berada di udara yang tidak dapat dilihat?

Apabila memandu atau berada di dalam kenderaan, kita semua terdedah kepada gas toksik, bau asap dan jerebu yang masih mampu memasuki kenderaan walaupun dengan tingkap yang tertutup.

Itu belum termasuk lagi bakteria, kuman, kulapuk dan bau-bau yang menerjah masuk apabila kita membuka pintu kereta. Ia bukan hanya akan beredar di udara, malah akan melekat di permukaan tempat duduk, papan pemuka dan karpet.

Menggunakan penyedut hampagas dan sering mengelap permukaan bahagian dalaman sedikit mambantu dalam membersihkan kotoran di permukaan.

Tetapi kita semua tetap akan terdedah dengan partikel biologi yang berada di udara. Untuk itu anda perlukan pembersih udara yang lebih baik.

Medklinn Autoplus ialah cara paling mudah untuk mewujudkan suasana dalaman kereta yang paling sihat untuk anda dan keluarga.

Untuk tempoh terhad, Mekanika dan Medklinn akan menawarkan pakej istimewa buat pembaca setia Mekanika.

Klik sahaja banner Medklinn atau pautan: PROMOSI KHAS MEDKLINN AUTOPLUS UNTUK PEMBACA MEKANIKA jangan lupa masukkan kod diskaun mekanika522

Kini, anda boleh membeli Autoplus pada harga promosi RM351.20 (harga asal RM439) seunit. Bukan itu sahaja, anda akan menerima katrij percuma bernilai RM90.   

Bergantung kepada jenis kereta, Autoplus turut didatangkan dengan aksesori tambahan Autoplus Docking.

Boleh dibeli pada harga promosi RM479.20 (harga asal RM599) + 1 katrij percuma, ia boleh diaktifkan dengan hanya slotkan ke soket 12V. Docking ini juga mempunyai satu lagi soket USB tambahan untuk keperluan anda.

Bentuk luaran yang menarik itu bukan sahaja sesuaian dengan rekaan dalaman kereta, malah membuatkan udara lebih segar sepanjang masa.

Tunggu apa lagi, cubalah…

Google ads
Back to top button