Artikel Pilihan

MENCABAR BETUL LATIHAN FIZIKAL PEMANDU F1 NI…

Sebut saja sukan perlumbaan Formula 1 pasti kita bayangkan kehebatan jentera F1 yang dilengkapi dengan pelbagai jenis teknologi terkini baik untuk enjin dan juga cesi. Segala teknologi enjin, turbo, hibrid, aeodinamik dan juga sistem trenkuasa yang terbaru ataupun di dalam ujian prototaip dimasukkan. Kita menyangka semua jentera yang hebat sudah pasti akan memenangi perlumbaan tanpa mengambil kira faktor manusia ataupun pemandu yang akan menentukan kemenangan perlumbaan.

Ya pemandu F1 merupakan faktor X dalam perlumbaan kerana mereka antara 22-24 manusia yang paling berbakat secara semula jadi, dilatih secara ekstensif di litar lumba, dilatih dengan menggunakan simulator dan juga latihan fizikal di gym. Ya mereka telah dilatih secara fizikal di pusat kecergasan bersama-sama dengan jurulatih peribadi khas untuk mereka. Anda boleh perhatikan susuk tubuh pemandu F1 yang sangat kemas, ak cergas dan jarang sekali nampak boroi. Namun latihan yang dibuat oleh mereka bukanlah bertujuan untuk membina otot seperti Arnold dan melawan makhluk asing Predator, tapi lebih kepada kecergasan dan juga membina stamina yang tinggi.

Latihan Intensif

Jadi jurulatih mereka akan menekankan latihan penurunan berat badan, penurunan kandungan lemak badan disamping menguatkan otot di bahagian tertentu seperti leher, tangan, kaki, keseimbangan, dan juga latihan memori bagi menguatkan tindakbalas pemandu secara spontan. Malah ruang pemandu F1 di cesi kereta memerlukan tubuh pemandu F1 berkerangka kecil, ringan tapi cukup cergas untuk mengharungi 70 pusingan litar dengan fokus 100. Latihan membesarkan otot mesti dielakkan.

Malah pemandu F1 juga terpaksa berhadapan dengan daya G atau G Force semasa jentera mereka mula memecut dan juga membrek. Keadaan menjadi lebih mencabar ketika mengambil selekoh dengan halaju tinggi selama beberapa saat. Semasa mengambil selekoh, wujud daya emparan atau Centrifugal Force pada pemandu. Kekuatan daya ini diukur melalui ukuran G. 1G bersamaan pecutan graviti 9.81 meter per saat. Jadi jika ketika selekoh pemandu mengalami 5G, ia bermasud daya yang dialami oleh pemandu ialah jumlah berat pemandu di darab dengan nilai 9.81.

Jadi mari kita tengok apa rejim latihan kecergasan untuk pemandu F1 mengahdapi perlumbaan getir:

1. Latihan menguatkan otot leher di bahagian belakang leher ataupun Trapezius Muscle dimana pemandu mesti menjalani beberapa siri latihan dengan peralatan gym khas. Mungkin leher mereka akan ada “six pax” selepas selesai latihan. Tujuannya ialah bagi menguatkan leher bahagian belakang bagi menghadapi fenomena “squat” ketika memecut dan “dive” ketika membrek yang boleh mencecah 5G

2. Latihan menguatkan otot leher di bahagian sisi Trapezius Muscle khas untuk menghadapi daya G ketika selekoh panjang ataupun gegaran ketika melalui permukaan jalan tak rata. Pemandu akan dikenakan pemberat pada bahagian sisi dan pemandu mesti menahan berat yang dikenakan. Nampak macam sakit je leher masa latihan.

3. Latihan menambah beban pada topi keledar yang dipakai oleh pemandu dan latihan ini fokus bagi membina kekuatan otot. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kelesuan pada pemandu ketika perlumbaan yang memakan masa selama 2 jam lebih.

4. Latihan menguatkan tangan, biceps dan juga bahu bagi membina kekuatan cengkaman tangan. Kekutan tangan adalah penting bagi memegang stering dan mengelakkan kelesuan selepas 70 pusingan. Latihan dibuat dengan mengangkat beban menggunakan sebelah tangan saja.

5. Latihan menguatkan otot bahu, bicep dan juga lengan dengan kaedah bergayut dengan tujuan menguatkan anggota badan atas. Duduk di dalam ruangan yang sempit adalah satu postur yang tidak sihat dan latihan ini bertujuan membetulkan semula postur badan.

6. Latihan menangkap bebanan berat antara tangan kiri dan kanan bertujuan meningkatkan respon tindak balas semulajadi, refleks pemandu dan meningkatkan kemahiran koordinasi pemandu.

7. Latihan menguatkan otot perut atau abdominal oblique bertujuan menjadikan pemandu lebih fokus dan meningkatkan kecergasan pemandu

8. Latihan mengangkat bebanan bagi menguatkan otot hamstring, bahagian betis dan peha khas bagi menguatkan kaki bagi mengoperasikan pedal minyak dan juga brek. Untuk satu sesi perlumbaan pemandu perlu menekan 1200 kali pedal brek dan minyak.

9. Otot pinggul dan bahagian atas kaki perlu dilatih bagi menguatkan otot Hip Flexor yang membantu pemandu kekal duduk selama berjam-jam.

10. Latihan kardio atau kecergasan khas untuk meningkatkan stamina pemandu melalui latihan mesin rowing, berlari 10km ataupun berbasikal dengan tujuan menyediakan jantung supaya boleh bekerja keras. Degupan jantung per minit boleh meningkat menjadi 170 sehingga maksimum 200 degupan ketika perlumbaan. Tekanan darah pemandu boleh meningkat sehingga 50% berbanding biasa ketika berlumba

11. Latihan meningkatkan refleks dan juga memori kerana pemandu perlu ingat segala pergerakan kenderaan dan melaporkan kepada jurutera ketika pemanduan. Input pemandu sangat penting bagi tujuan talaan cesi, suspensi dan enjin.

Latihan fizikal ini menjadikan pelumba F1 bukan sahaja sihat dari segi fizikal, namun boleh bersaing secara kompetitif di litar perlumbaan dengan suhu litar mencecah 40 darjah celcius atau suhu sejuk serendah 5 darjah celcius disamping otak mereka perlu kreatif untuk mengikuti segala strategi perlumbaan yang telah ditetapkan oleh pasukan. Jika ada yang mengatakan pelumba F1 kerja senang dan hanya perlukan kereta yang canggih dan pantas semata-mata, pasti mereka silap. Cuba minta mereka ikuti sesi gym selama 3 jam atau latihan kecergasan Tabata selama setengah jam, mampu atau tidak?

OK la, paling senang cuba jalan itik keliling taman, boleh tak?

Google ads
Back to top button