Motosikal

SHOEI BAKAL PERKENAL HELMET REPLIKA MARC MARQUEZ DI LITAR MOTEGI

Pengeluar topi keledar berpengaruh dunia, Shoei dilapor akan melancarkan model replika yang dipakai oleh juara dunia lima kali MotoGP, Marc Marquez di litar Motegi tahun lalu.  

Replika yang dihasilkan daripada mode; X-Spirit III itu tampil dengan cetakan grafik bermotifkan Jepun berwarna emas dan merah. Pada bahagian belakang pula menampilkan imej kucing Maneki-neko yang comel. 

Gambar kucing itu dikatakan akan membawa tuah kepada pemakainya yang jelas dibuktikan oleh Marquez apabila menghabiskan perlumbaan di Litar Motegi di hadapan Cal Crutchow di tempat kedua. 

Topi keledar Shoei X-Spirit III sememangnya menarik. Dengan bantuan pelumba MotoGP, topi keledar itu kini mampu menawarkan aspek aerodinamik yang terbaik, walaupun pada kelajuan lebih 220km/j.

Bahagian dalaman juga dibina untuk kelajuan apabila corong udara serta aerofoil direka bagi memastikan pemakai sentiasa selesa. 

Tiada tarikh tepat replika ini akan dilancarkan secara rasmi. Tetapi kemungkinan ia diperkenalkan pada pusingan perlumbaan MotoGP di Litar Motegi 4 Ogos depan. Harga pun masih belum Shoei umumkan. 

Harganya dikatakan mungkin tidak jauh berbeza dengan edisi X-Spirit III Trooper yang dipakai oleh Peter Hackman dalam perlumbaan TT iaitu £799.99 (RM4,116) seunit. 

Tags
Google ads
Back to top button