Buletin

KEBODOHAN APAKAH INI? SIAP LANGGAR LAMPU MERAH LAGI

Polis dilapor sedang mengesan dua orang kanak-kanak yang melakukan aksi berbahaya apabila hanya berpaut pada bumbung sebuah kereta yang sedang bergerak laju. 

Insiden yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya itu dikatakan berlaku di Taman Scientex, Johor Bahru semalam dan tular di media sosial.

Posted by Chitran Tamil Chelvan on Sabtu, 20 Julai 2019
Video: FB Chitran Tamil Chelvan

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat. 

“Kami mohon mereka tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk membantu siasatan. Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai perkara ini juga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Seri Alam di talian 07-3684 222,” kata Ismail. 

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan itu membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain. 

Dalam video berdurasi 7 saat itu, jelas kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki berpaut pada bumbung sebuah Toyota Vios yang dipandu laju dan melanggar lampu merah di satu persimpangan jalan. 

Sekeping gambar lain pula menunjukkan salah seorang daripada mereka minum air mineral ketika kenderaan itu berhenti di satu simpang jalan. 

Abang Japar yakin polis tak ambil masa yang lama untuk mengesan pelaku dan ibu bapa atau penjaga mereka. Tak boleh fikir kenapa ada orang yang bodoh macam ni. 

sumber: Harian Metro/World of Buzz

Google ads
Back to top button