Artikel Pilihan

MENDEFINASI SEMULA SELAMAT. DARIPADA UCAPAN PERAYAAN KEPADA GERAKAN MENYELAMAT NYAWA

Menjelang Hari Raya, satu perkataan bergema di seluruh pelosok Malaysia berbanding yang lain: Selamat. Ia adalah perkataan yang sudah sebati dengan budaya kita yang diucapkan dalam kalangan keluarga, disiarkan oleh jenama, dan dikongsi merentas jutaan skrin.

Namun, ketika negara sedang bersiap sedia untuk perjalanan pulang ke kampung, Volvo Car Malaysia mengajukan satu persoalan kritikal. Adakah kita sudah terlalu terbiasa dengan perkataan ini sehingga terlupa akan kepentingannya?

Makna Mendalam di Sebalik Satu Perkataan

Selain sekadar ucapan perayaan, “Selamat” membawa maksud yang mendalam iaitu terpelihara daripada bahaya dan dilindungi sepenuhnya. Makna ini menjadi sangat kritikal sewaktu tempoh perayaan Raya, yang diiktiraf sebagai antara waktu paling mencabar di lebuh raya Malaysia.

Data keselamatan jalan raya dari tahun 2024 menjadi peringatan yang serius, dengan 4,428 kematian dicatatkan di seluruh negara1. Lebih membimbangkan, kemalangan jalan raya kekal sebagai punca utama kematian bagi rakyat Malaysia berumur antara 15 hingga 40 tahun. Di sebalik angka yang menyedihkan ini, ucapan “Selamat” yang kita saling tukarkan haruslah diterjemahkan menjadi tindakan perlindungan yang nyata.

Mengubah Arus Perbualan Budaya

Inisiatif Volvo Car Malaysia tahun ini disusun khusus sempena Aidilfitri, mensasarkan ruang digital di mana rakyat Malaysia berinteraksi. Apabila anak bulan kelihatan, Selamat Hari Raya bukan sekadar ucapan, malah ia menjadi satu gelombang besar doa kesejahteraan yang mendominasi perbualan dalam talian.

Menyedari peluang ini, Volvo Car Malaysia mengambil langkah strategik untuk mengalihkan tenaga budaya ini. Dengan melibatkan diri secara langsung melalui ucapan Raya di laman media sosial automotif dan keselamatan jalan raya, Volvo Car Malaysia mengubah tradisi pasif menjadi peringatan keselamatan yang aktif, bagi mengembalikan makna sebenar di sebalik perkataan “Selamat”.

Kepentingan menjaga keselamatan ini paling dirasai apabila kita melihat ke arah tempat duduk belakang kenderaan yang membawa insan tersayang

Menangani Tabiat yang Terlepas Pandang

Antara isu keselamatan paling kritikal yang sering diabaikan di Malaysia adalah penggunaan tali pinggang keledar belakang. Menurut kajian daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kadar penggunaan tali pinggang keledar belakang di Malaysia adalah sangat rendah, iaitu hanya pada tahap 11%, walaupun ia telah diwajibkan sejak tahun 20092. Kecuaian ini menyebabkan keluarga lebih terdedah kepada risiko sekiranya berlaku kemalangan, yang mampu mengubah keriangan menjadi tragedi dalam sekelip mata.

Kempen Volvo Car Malaysia berfungsi sebagai peringatan terhadap tabiat ini. Dengan jutaan kenderaan bakal membanjiri lebuh raya, mesej ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk berhenti sejenak sebelum memulakan perjalanan, bagi memastikan setiap penumpang termasuk di tempat duduk belakang memakai tali pinggang keledar dengan betul. Tali pinggang keledar tiga titik, inovasi yang diperkenalkan oleh Volvo kepada dunia pada tahun 1959, hanya akan berfungsi jika ia digunakan.

Piawaian “Selamat” Volvo

Selain memakai tali pinggang keledar, Volvo Car Malaysia menjemput anda memastikan perjalanan Balik Kampung benar-benar “Selamat” dengan melihat melampaui destinasi. Keselamatan sebenar terletak pada pilihan yang anda buat untuk mereka yang duduk di sisi dan di belakang anda kerana hadiah teragung yang anda bawa pulang adalah insan yang mengembara bersama anda.

Raya kali ini, biarlah perkataan “Selamat” itu menjadi lebih daripada sekadar ucapan. Biarlah ia menjadi sebuah janji. Kerana di Volvo, kami percaya apabila anda mendoakan seseorang itu “Selamat”, ia bermaksud mereka benar-benar dilindungi pada hari ini, esok, dan untuk generasi akan datang.

Ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG.

  1. Rujukan: STATISTICS ON CAUSES OF DEATH, MALAYSIA, 2025, the Department of Statistics, Malaysia 
  2. Rujukan: Malaysian Institute of Road Safety Research, 2025

Google ads
Back to top button