Buletin

MERCEDES-AMG C 63 S – RM699,000

Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan model V8 paling berkuasa dalam segmennya, Mercedes-AMG C 63 S serba baharu.

Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (3)

Untuk makluman, C 63 AMG (series 204) merupakan model AMG terlaris dengan lebih 40,000 unit telah terjual sehingga kini di seluruh dunia.

“Kami berbangga untuk memperkenalkan Mercedes-AMG C 63 ke pasaran Malaysia. Mercedes-AMG C 63 S sememangnya memiliki DNA AMG yang menawarkan kuasa mengagumkan.

Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (7)

“Mercedes-AMG tidak menetapkan berapa jumlah jentera ini untuk pasaran tempatan. Kami pasti akan memenuhi apa jua permintaan pelanggan,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine.

Mercedes-Benz Malaysia membawakan model ini dalam dua varian iaitu Mercedes-AMG C 63 S dan Mercedes-AMG C 63 S – Edition 1. Edition 1 dibezakan menerusi beberapa penambahan seperti spoiler lip berwarna hitam berkilat, paip ekszos disalut krom, gril radiator dan cermin sisi berwarna merah serta banyak lagi.

Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (5)

Dihasilkan di kilang Affalterbach, ia merupakan satu-satunya model yang dikuasakan oleh enjin biturbo lapan silinder. Enjin bersesaran 4.0 liter yang sangat hampir dengan enjin pada model Mercedes-AMG GT tersebut mampu menjana sehingga 510hp dan tork maksimum 700Nm!

Enjin yang dipasang menggunakan tangan itu kemudian dipadankan dengan kotak gear AMG SPEEDSHIFT MCT tujuh kelajuan automatik. Prestasinya? Jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 4.0 saat dengan pecutan maksimum 250km/j.

Mercedes-AMG C 63 S (BR 205); 2014

Biarpun sangat berkuasa, Mercedes mendakwa jentera itu tetap mampu menawarkan penjimatan bahan api sekitar 8.2 liter bagi setiap 100km. Sekali gus menjadi kereta dengan enjin lapan silinder berprestasi tinggi paling menjimatkan dalam kelasnya.

Harus tahu bahawa bunyi enjin merupakan salah satu objektif utama dalam proses pembangunannya. Maka, satu sistem ekzos dengan teknologi flap khas digunakan pada untuk menghasilkan bunyi yang garang.

Mercedes-AMG C 63 S (BR 205); 2014

Nota bunyi enjin ini berbeza, bergantung kepada mode transmisi AMG DYNAMIC SELECT sama ada Comfort, Sport, Sport+, Individual atau Race yang dipilih. Bagi menawarkan kualiti pemanduan terbaik, Mercedes-AMG C 63 S menggunakan suspensi sports AMG RIDE CONTROL dengan tiga peringkat ubah suai redaman.

Tugas memberhentikan jentera berkuasa tinggi ini diserahkan kepada sistem brek AMG. Ia terdiri daripada cakera brek ventilasi bersaiz 390mm pada keempat-empat buah rodanya.

Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (1)

Bahagian luarannya dibezakan dengan penampilan cukup sporty bersama emblem V8 BITURBO pada sisinya. Gril radiator jenis twin blade dengan perkataan AMG juga menyerlahkan sifat maskulin Mercedes-AMG C 63 S.

Ruang kabinnya nampak begitu sporty dengan rekaan tempat duduk tersendiri. Kemewahan diserlahkan lagi dengan kemasan kulit , jam analog, stereng tiga jejari dan butang kawalan pada bahagian konsol tengah.

Archivnummer: SSPIP42676

Jentera hebat ini boleh menjadi milik anda pada harga RM698,888 dan RM723,888 (Edition 1) seunit.

GALERI

Archivnummer: SSPIP47853Archivnummer: SSPIP47836Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (6)Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (8)Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (9)Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (10)Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (11)Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (19)Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (20)Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (21)Mercedes-AMG-C-63-S-mekanika (18)

Google ads
Back to top button