Buletin

MENANGI IRIZ & SUPRIMA DI ALAMI PROTON 2015

Ingin menangi Proton Iriz dan Suprima S? Jangan lepaskan peluang mengunjungi Karnival Alami Proton 2015 hujung minggu ini.

proton_alami_karnival_mekanika

Pengeluar kereta nasional itu menjemput orang ramai untuk memandu uji semua barisan model Proton yang disediakan, sekali gus berpeluang memenangi hadiah utama Iriz dan Suprima S.

Proton turut menawarkan hadiah-hadiah lain berupa  telefon pintar, kamera digital, televisyen LCD serta barangan elektrik bernilai lebih RM100,000 menanti pengunjung bertuah.

proton_suprima_mekanika

Lebih mengujakan, Proton menawarkan model pra pemilikan pada harga berpatutan. Tawaran pemilikan istimewa juga disediakan. Antaranya pilihan kadar faedah 1.99 peratus setahun bagi Iriz, skim pembiayaan kakitangan kerajaan 100 peratus, tawaran menarik bagi graduan dan mahasiswa serta kadar faedah rendah bagi model terpilih Proton. Bagi ketenangan minda pemilik baharu,  Proton menawarkan promosi waranti sehingga tujuh tahun.

Acara selama dua hari itu bermula pada jam 10 pagi hingga 7 malam. Bagi memeriahkan karnival berkenaan, Proton membawa Amy Search dan Ratu Rock Ella untuk menghiburkan pengunjung.

proton_iriz_mekanika

Menurut pihak Proton, pengumuman cabutan bertuah model Iriz akan diumumkan pada Sabtu dan pemenang Suprima S pula diumumkan pada hari terakhir Karnival.

Justeru, jangan lepaskan peluang dan kunjungi Karnival Alami Proton hujung minggu ini di Proton COE,  KM33.8 Westbound Shah Alam Expressway, Subang Jaya, Selangor.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button