Buletin

MERCEDES AMG PETRONAS F1 KEKAL LIVERY WARNA HITAM PADA JENTERA 2021

Musim lalu pasukan Mercedes AMG Petronas Formula Satu (F1) melakar sejarah tersendiri dengan memintas Ferrari dalam meraih Kejuaraan F1 dalam kategori pengeluar.

Pada tahun ini, pasukan berkenaan yang mendedahkan jentera terbaharu, Mercedes-AMG F1 W12 E Performance untuk musim 2021 akan cuba memecahkan rekod dengan merangkul kejuaraan sebanyak lapan kali.

Mercedes-AMG F1 W12 E Performance menggunakan hampir kesemua teknologi pada jentera terdahulu yang melakar kemenangan sebanyak 13 daripada 17 perlumbaan pada musim lalu.

Bagaimanapun, W12 E Performance menampilkan perubahan ketara pada aerodinamik, sistem penyejukan, suspensi dan unit kuasa dipertingkatkan berbanding jentera terdahulu.

Dari segi luaran pula, jentera terbaharu itu masih mengekalkan sentuhan asas berwarna hitam sebagai usaha memperkasa komitmen pasukan meningkatkan kepelbagaian dan kesepakatan dalam F1.

Rekaan turut menampilkan sentuhan tradisi elemen Racing Silver dan jenama Mercedes-AMG.

Bahkan,  simbol bintang Mercedes kelihatan bertaburan pada bahagian penutup enjin jentera berkenaan.

Selain itu, jentera tersebut turut mendapat sentuhan warna hijau ikonik PETRONAS pada bahagian sayap hadapan, sayap belakang dan cermin sisi.

Mercedes AMG Petronas F1 masih memberi kepercayaan kepada dua pelumba Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas dalam menggalas cabaran musim baharu ini. – agensi

Google ads
Back to top button