Buletin

JUTAWAN JEPUN TAWAR 8 TEMPAT DUDUK PERGI BULAN. BOLEH PETIK BINTANG NANTI

Seorang jutawan dari Jepun mempelawa orang ramai menyertainya dalam misi peribadi ke bulan.

Bagaimanapun, lelaki itu hanya akan memilih lapan peserta sahaja daripada 12 orang terpilih sebagai anak kapal yang bakal dalam misi terbabit.

Yusaku Maezawa yang merupakan hartawan fesyen online diumumkan sebagai manusia pertama menempah tempat dalam kapal angkasa dibangunkan SpaceX.

Pengasas Zozo Inc itu berkata tawaran itu dibuka kepada mereka yang berminat, sekali gus mahu merealisasikan misi pertama SpaceX yang dilakukan secara komersial.

Usahawan tersebut yang menjual perniagaan fesyen online Zozo Inc kepada SoftBank pada tahun 2019, akan menanggung semua kos perjalanan berkenaan.

Proses pemilihan peringkat pertama akan berlangsung sehingga 14 Mac dengan pemohon perlu menjalani pemeriksaan perubatan dan sesi temu duga bersama Maezawa.

 “Tawaran dibuka kepada 10 hingga 12 orang, namun hanya lapan orang sahaja yang akan dibawa untuk menyertai perjalanan itu.

“Kriteria yang dipilih adalah daripada pelbagai latar-belakang untuk bergabung bagi menjayakan misi ini selama enam hari di sekitar bulan.

“Saya berharap agar usaha ini dapat direalisasikan secara bersama,” katanya.

Pada mulanya, Maezawa ingin mengundang artis dalam pelayaran misi yang dijadualkan akan berlangsung pada tahun 2023. – agensi

Google ads
Back to top button