Artikel Pilihan

MAZDA 3 & MAZDA CX-30 TERIMA ENJIN BARU, e-SKYACTIV X.

Model terbaru Mazda iaitu sedan Mazda 3, hatchback Mazda 3 dan juga SUV CX-30 bakal menerima enjin baru yang dinamakan e-SkyActiv X. Enjin yang dinaiktaraf dari enjin SkyActiv X SPCCI (Spark Control Compression Ignition) memberikan prestasi dan juga kecekapan yang lebih baik bersama-sama dengan teknologi hibrid.

Enjin 2000cc e-SkyActiv X ini menghasilkan 183 kuasa kuda pada 6000 RPM dan tork 240Nm pada 4000 RPM. Enjin ini menghasilkan lebih 6 kuasa kuda dan 16Nm tork berbanding versi lama. Enjin baru ini memperbaiki penghasilan tork yang lebih baik dari semua RPM, terutamanya pada RPM rendah yang lebih sesuai untuk kegunaan pemanduan harian biasa.

Selain dari prestasi yang lebih baik, kadar pencemaran terutama pembebasan asap gas karbon dioksida telah menurun sehingga 11g/km bergantung pada model dan juga transmisi yang digunakan. Sebagai contoh Mazda CX-30 penggunaan petrol telah bertambah 1km bagi setiap liter dan pembebasan asap menurun 11g/km

Enjin 2000cc e-SkyActiv X ini juga telah diberikan beberapa perubahan teknikal seperti menurunkan nisbah mampatan 16.3:1 ke 15:1, perubahan pada rekaan piston, parameter pembakaran enjin diubah dan sistem perisisan Mazda M Hybrid telah ditambah baik.

Hasilnya ialah enjin ini mampu beroperasi dengan cekap pada julat yang lebih luas dan mempengaruhi Brake Spesific Fuel Consumption enjin. Pemasaan injap kemasukan udara juga telah diubah dengan rekaan baru aci sesondol bagi mengurangkan pumping losses dan juga specific heat ratio.

Sistem Mazda M Hybrid juga telah dinaiktaraf dengan perisian terbaru bagi membenarkan reaksi pantas Integrated Starter Generator yang beroperasi dengan tali sawat. Kesannya ialah graf tork menjadi semakin rata bagi membolehkan enjin memberikan pecutan yang lebih linear dan lancar

Google ads
Back to top button