Buletin

MERCEDES-BENZ E 300 AMG LINE – RM458,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) semalam mengumumkan kebolehdapatan model tertinggi dalam rangkaian E-Class, Mercedes-Benz E 300 AMG Line ke pasaran tempatan.

E 300 AMG Line tampil berbeza menerusi gayaan luaran dan dalaman. Pastinya lebih sporty, jentera itu didatangkan dengan bodykit AMG, rim lima jejari berkembar AMG bersaiz 19 inci dan suspensi AGILITY CONTROL yang telah direndahkan.

BACA: SI KUDA BESI – MERCEES-BENZ 190E

Bukan itu sahaja, ia turut dipasang lampu utama MULTIBEAM LED yang dilengkapi 84 butiran LED berprestasi tinggi yang diaktifkan secara individual. Maka, ia mampu menawarkan suluhan cahaya lebih terang dan tepat tanpa menyilaukan pengguna jalan raya yang lain.

Pada ruang dalaman, varian ini dibezakan menerusi kemasannya. Ia  merangkumi stereng multi fungsi yang rata pada bahagian bawahnya dan dibalut kulit, tempat duduk sports serta pedal AMG.

BACA: MERCEDES-BENZ X-CLASS TIBA HUNJUNG 2017

Ciri head-up display (HID) pula memaparkan maklumat pemanduan yang penting kepada pemandu. Sedan eksekutif itu dilengkapi COMAND Online yang merangkumi aspek navigasi dan komunikasi. Semua maklumat dipaparkan pada skrin media beresolusi tinggi bersaiz 12.3 inci.

Dari segi hiburan, anda pasti berpuas hati dengan sistem bunyi keliling Burmester. Ia melibatkan 13 unit pembesar suara dan DSP amplifier sembilan saluran dengan sistem keseluruhannya berkuasa 640 watt.

E 300 AMG Line dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris bersesaran 2.0 liter. Mampu menjana kuasa 245hp dan tork 370Nm, enjin itu dipadankdan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan 9G-TRONIC.

Anda boleh memiliki jentera hebat ini pada harga 458,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans). Selain E 300 AMG Line, MBM menawarkan varian lain untuk E-Class seperti E 200 Avantgarde Line, E 250 Avantgarde Line dan E 250 Exclusive  Line.

Perbezaan ringkas di antara varian adalah seperti jadual berikut:

GALERI

Google ads
Back to top button