;
Motosikal

TOPI KELEDAR EDISI TERHAD ARAI RX-7V 2017 IOMTT

Sebagaimana yang kita tahu, Isle of Man (IoM) TT merupakan antara acara perlumbaan paling ikonik di dunia.

Maka tidak hairanlah jika simbol tiga kaki (dipanggil Triskelion) dan huruf TT itu menjadi antara logo paling dikenali dalam arena perlumbaan global.

Mengambil inspirasi daripada populariti Isle of Man TT, pengeluar topi keledar Jepun, Arai menggunakan logo rasmi TT untuk rekaan topi keledar IOMTT terbaharu keluarannya.

BACA: ARAI SELESAIKAN MASALAH BENTUK KEPALA DENGAN QUANTUM-X & SIGNET-X

Topi keledar edisi terhad itu menggunakan model Arai RX-7V 2017. Kali ini, rekaan tersebut dihasilkan oleh pereka terkenal Itali, Aldo Drudi. Drudi menggabungkan semua eleman TT ke dalam rekaannya.

Untuk makluman, rekaan baharu akan diperkenalkan pada setiap tahun. Ia tidak akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak.

Arai dan Isle of Man TT sudah menjadi rakan kerjasama sejak sekian lama. Malah, untuk musim 2017, Arai merupakan pembekal rasmi topi keledar acara IOMTT. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, jenama Arai dapat dilihat dengan jelas di paddock TT.

BACA: HELMET ARAI TIRUAN DIRAMPAS DI PULAU PINANG

“Arai Village” juga akan dibina yang menempatkan pameran pelbagai produk Arai untuk tatapan pengunjung. Selain itu, servis topi keledar Arai turut disediakan.

Tags
Google ads
Back to top button