,
Buletin

MERCEDES-BENZ E CLASS ALL-TERRAIN 2021. WAGON GAYA MEWAH YANG LASAK

Anda merupakan seorang yang ‘family man’ tapi dalam masa yang sama memerlukan sebuah kenderaan yang berupaya mengangkut kargo dalam kapasiti yang besar serta tetapi tidak menggemari sebuah wagon biasa ataupun sebuah kenderaan yang acah 4×4 tinggi melangit serupa Aruz. Sudah tentu jawapan mudah kepada persoalan tersebut adalah Alza. Tapi kalau buat mereka yang benar – benar duit, inilah dia jawapan sebenar, Mercedes-Benz E Class All-Terrain.

Sedikit sejarah untuk diimbas, semenjak model E Class meliputi model Salon dan Estate ini mula diperkenalkan dari tahun 1946, ianya telah terjual melebihi 14 juta unit dan merupakan model paling popular dalam keluarga Mercedes-Benz. Malah dikalangan penggemar jenama Mercedes-Benz, E Class dianggap sebagai ‘nadi kepada jenama ini’. Malah ketika generasi kesepuluh diperkenalkan pada tahun 2016,

Dan untuk model baharu tahun 2021 ini, rekaan yang lebih dinamik termasuklah kepada model asas yang turut diberikan rupa Avantgarde yang lebih sporty. Akan tetapi rekaan gril telah direka semula dengan dua bilah krom mengapit kiri dan kanan.

Secara asasnya, model ini merupakan sebuah Wagon / Estate tetapi telah diberikan paras rupa yang lebih rugged. Pemakaian body cladding cuba untuk menyerlahkan lagi pembawakan imej rugged tersebut. Apatah lagi penggunaan rim bersaiz 19 inci berjaya memberikan efek sasa dan bergaya. Bagi membuktikan bahawa ini adalah E Class All-Terrain sejati, model ini turut menggunakan Air Body Control, benda yang sama terdapat pada model SUV mereka seperti GLE.

Bagi menggerakkan tubuh E Class yang panjang ini, ianya menggunakan enjin 3.0 liter lengkap dengan pendesak turbo serta EQ Boost yang turut digunapakai pada model E450 dan juga E53 AMG mampu memberikan kuasa tambahan 21 hp. Enjin enam baris ini secara asasnya mampu menghasilkan kuasa 363 hp yang turut dipadankan dengan dengan kotak gear auto sembilan kelajuan. Sebagai model All-Terrain, sudah tentulah ianya turut mengaplikasikan sistem pacuan semua roda. Barulah boleh meredah jalan berliku pada skala 4. Karang bagi sampai skala 8 bercalar balar kereta sayang pula kan.

Di bahagian kabinnya, penggunaan sistem infohiburan MBUX (Mercedes-Benz User Experience) generasi terkini turut tersedia bersama skrin sesentuh bersiaz 12.3 inci. Sekali pandang, ruangan kabin ini juga seiras dengan model milik E Class Sedan.

Sebenarnya model ini turut dilengkapi dengan sistem semi-autonomous yang terdapat pada stereng dimana ianya boleh mengesan genggaman sama ada kemas ataupun sudah mulai longgar akibat mengantuk. Kiranya dapatlah memberikan isyarat kepada pemandu supaya kembali fokus kepada pemanduan sekaligus dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

Model ini sebenarnya pasti mudah untuk diterima baik terutamanya di Amerika. Umum mengetahui kereta Wagon / Estate sebegini boleh tahan popular juga untuk golongan yang berkeluarga. Sudahlah mempunyai ruang kargo yang luas, nak lanyak masuk laluan berliku pun tak ada masalah. Apabila mewah dan praktikal sebuah wagon bersatu.

BACA : MODIFIKASI MEWAH – MERCEDES-BENZ E CLASS ALL-TERRAIN 4×4

BACA : MERCEDES-BENZ E 300 AMG LINE RM458888

Tags
Google ads
Back to top button