![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2017/05/Mercedes-Benz-designo-manufaktur-mekanika5.jpg)
MERCEDES-BENZ G-CLASS DESIGNO MANUFAKTUR & EXCLUSIVE EDITION
Mercedes-Benz baru-baru ini memperkenalkan dua varian istimewa model off-road ikoniknya, G-Class.
Tampil tersendiri dengan pelbagai ciri model, dua versi khas itu dikenali sebagai “designo manufaktur,” dan “Exclusive Edition.” Kedua-duanya akan berada di pasaran Jerman mulai September dengan tempahan sudahpun dibuka sekarang.
Varian designo manufaktur hadir dengan rangkaian penuh elemen custom daripada jenama sama yang pernah ditawarkan kepada pelanggan G-Class sejak akhir tahun 2015. Pemilik model G 350d dan G500 boleh menempah edisi Gelandewagen ini.
Model ini didatangkan dalam tiga warna istimewa daripada designo iaitu merah, hitam dan putih. Sementara rim AMG lima jejari dan kemasan pada bahagian sisi jentera itu dicat hitam.
Ruang kabin G-Class designo manufaktur hadir dengan kulit Nappa berwarna hitam dan jahitan benang merah. Pelanggan juga mendapat stereng AMG Performance, selain kemasan hitam berkilat dan tali pinggang keledar berwarna merah. Tidak ketinggalan, pakej Chrome, Sport dan Exclusive yang disepadukan sebagai ciri standard pada model ini. G 350 d designo manufaktur ditawarkan pada harga bermula EUR109,878 (RM519,409). Manakala versi G500 pula berharga EUR121,683 (RM575, 210) seunit.
Mercedes-Benz menawarkan AMG G-Class Exclusive Edition pada harga bermula EUR163,125 (RM771,107) dengan model G 65 Exclusive Edition berharga EUR287,658 (RM1.36 juta)!
Antara aksesori yang dipasang termasuklah pelindung bawah kenderaan tahan karat, kemasan aluminium gelap di ruang kabin dan penutup tayar ganti yang sama warna dengan warna badan.
Rim pula bersaiz 21 inci dengan cat hitan matte untuk varian G63 dan kemasan polished bagi G65. Bahagian dalaman jentera itu menerima upholsteri kulit dua tona daripada rangkaian designo Exclusive, bersama pilihan kemasan tersendiri.
BACA: MERCEDES-BENZ CATAT PERTUMBUHAN JUALAN 11% PADA Q1 2017
GALERI