
NISSAN X-TRAIL AERO EDITION – BERMULA RM141,428
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan versi premium SUV popularnya, Nissan X-Trail Aero Edition.
X-Trail Aero Edition baharu ditawarkan pada harga RM141,428,96* (2.0L 2WD Edisi Aero) dan RM163,616.06* (2.5L 4WD Edisi Aero), bersama jaminan selama tujuh tahun serta perbatuan tanpa had. Sementara semua aksesori yang dipasang di kilang itu hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “X-Trail telah menjadi SUV terlaris No.1 di Malaysia (2015-2016). Justeru, kami percaya X-Trail Aero Edition baharu akan menarik minat mereka yang mahukan sebuah SUV Jepun mewah dan premium.”
BACA: PEMILIK LAMBORGHINI HURACAN TIDAK BOLEH TERIMA HAKIKAT KALAH KEPADA NISSAN SKYLINE R32
Untuk makluman, alat ganti aero itu direka khas oleh TOMEI Motor Co., Ltd, satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan pemotoran. Ia merangkumi satu aero bampar hadapan, spoiler sisi bawah dan aero bampar belakang untuk memberikan penampilan lebih garang. Aero Edition juga hadir dengan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci dan tempat duduk kulit Nappa berwarna coklat yang memberikan rasa sofistikated kepada ruang dalaman.

Sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong, ETCM menyediakan pelanggan dengan tawaran menarik ke atas X-Trail Aero Edition. Pelanggan boleh berjimat sehingga RM6,000 atau memilih rebat Hari Raya berjumlah RM4,500 bersama promosi RM1.00 untuk Multimedia Navigator bersaiz 8 inci.
Pemilik NISSAN X-Trail sedia ada yang berminat juga boleh menaik taraf SUV mereka dengan Aero Edition. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau hantar emel ke tomei@tanchonggroup.com.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran NISSAN di seluruh negara.
| NISSAN X-Trail 2.0L 2WD AERO EDITION | Harga OTR termasuk GST, tanpa Insurans |
| Semenanjung Malaysia | RM 141,428.96 |
| Sabah | RM 143,389.79 |
| Sarawak | RM 143,389.79 |
| Langkawi | RM 102,196.20 |
| Labuan | RM 102,805.10 |
| NISSAN X-Trail 2.5L 4WD AERO EDITION | Harga OTR termasuk GST, tanpa Insurans |
| Semenanjung Malaysia | RM 163,616.06 |
| Sabah | RM 165,709.14 |
| Sarawak | RM 165,709.14 |
| Langkawi | RM 116,800.50 |
| Labuan | RM 117,478.60 |







