
INFINIX KERJASAMA BERSAMA BMW GROUP DESIGNWORKS – LANCAR SIRI NOTE 40 RACING EDITION, HARGA RM1,098
Infinix hari ini secara rasmi melancarkan siri Note 40 Racing Edition dengan kerjasama BMW Group Designworks.
Untuk pasaran Malaysia, Infinix Malaysia menawarkan dua peranti di bawah siri ini iaitu Infinix Note 40 Pro 5G dan Infinix Note 40 5G.
BMW Group Designworks bertanggungjawab untuk merekabentuk panel belakang, memilih bahan binaan serta jenis kemasan bagi siri Note 40 Racing Edition.


Beralih pada spesifikasi, ia dilengkapi All-Round FastCharge 2.0, cip Cheetah X1, pengecasan pantas 100W Multi-Speed FastCharge, serta pengecasan MagCharge.
Selain itu, ia turut datang bersama pelindung MagCase pengecas nirwayar MagPad dan power bank MagPower baharu.
Rekaan belakang peranti pula menggunakan kaedah cetakan UV dengan elemen tiga warna BMW yang ikonik dan mempunyai tambahan elemen beralun untuk cengkaman tambahan.
Infinix Note 40 5G Racing Edition menggunakan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip Dimensity 7020 menjalankan XOS 14 berasaskan Android 14.

Bagi bateri pula, ia memiliki kapasiti 5000mAh dengan pengecasan 33W, kamera utama 108MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 32MP.
Sementara Infinix Note 40 Pro 5G Racing Edition mempunyai spesifikasi yang sama kecuali terdapat perbezaan pada pengecasan iaitu 45W.
Untuk rekod, Note 40 5G menawarkan memori dan storan 12/512 GB sementara Note 40 Pro 5G terhad kepada 8/256 GB.
Anda kini boleh memiliki Note 40 Pro 5G Racing Edition pada harga RM1,098, manakala Note 40 5G Racing Edition diberi tanda harga RM1,299.