Buletin

PROTON RAI PENCAPAIAN LIMA JUTA UNIT PENGELUARAN

Pengeluar kereta nasional PROTON hari ini telah mencapai satu lagi kejayaan dalam sejarah 41 tahunnya apabila ia berjaya melebihi lima juta unit pengeluaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Li Chunrong berkata, unit kelima juta yang dikeluarkan Proton adalah X90 Flagship dan ia merupakan simbolik perjalanan pertumbuhan Proton sejak permulaan kerjasamaan dengan Geely.

Sejak permulaan kerjasama dengan Kumpulan Geely pada 2017, PROTON telah melancarkan empat model serba baharu yang dibinakan bersama Geely.

Proses berikut juga menaik taraf model rekaan tempatannya dan memperkenalkan kecerdasan dan ketersambungan kepada barisan modelnya.

Sejak pengenalan Proton X70 pada 12 Disember 2018, lebih daripada 217,000 unit SUV siri X syarikat telah dijual setakat ini kepada pelanggan pasaran tempatan dan eksport.

Sementara, penjualan Proton Saga pula telah melepasi dua juta unit, membolehkan ia mengekalkan kedudukannya sebagai kereta buatan Malaysia yang paling popular.

“Baru-baru ini, kami telah mengumumkan e.MAS sebagai jenama untuk produk EV (kenderaan elektrik) Proton masa hadapan dan hari ini kami telah menetapkan satu lagi pencapaian.

“Masa depan penuh dengan peluang untuk Proton terus menyediakan mobiliti mampan bagi rakyat Malaysia dan pasaran eksport kami,” kata Li Chunrong.

Google ads
"
"
Back to top button