Buletin

QJMOTOR DEDAH JENTERA ‘4-DAPUR’ BAHARU – ENJIN 421CC, 76.5HP

Sejak Kawasaki memperkenalkan Ninja ZX-4R pada 2023, ramai pengeluar yang mula mengikut langkah sama terutamanya jenama motosikal dari China. 

*Kove 450RR

Kove memperkenalkan 400RR pada 2022 dan model itu berupaya menjana 67hp pada 13,500rpm. Setahun kemudian, Kove memperkenalkan 450RR dan hasilnya menawarkan 70.9hp pada 13,000rpm dan 39.3Nm pada 10,500rpm. 

Terbaru, syarikat gergasi motosikal China, QJMotor telah pun mendedahkan SRK400RR menerusi dokumen terbaru yang difailkan di China. 

*QJMotor SRK400RR dengan enjin 4-silinder
*QJMotor SRK400RR dengan enjin 4-silinder didedahkan dalam paten terbaru

Dokumen tersebut menyatakan kod nama QJ400GS-16R namun kami yakin model itu akan dijual dibawah nama SRK400RR yang merupakan barisan model sportbike dijual QJMotor di pasaran global ketika ini. 

Data yang disertakan juga mendedahkan konfigurasi enjin 4-silinder 421cc dengan kod nama QJ457MQ-D. Untuk rekod, angka 457 tersebut merujuk kepada empat silinder dengan bore 57mm. Berdasarkan kiraan, stroke diletakkan sekitar 41mm. Ini bermakna, SRK400RR menawarkan ‘stroke’ yang lebih panjang berbanding Ninja ZX-4R dengan 57mm x 39.1mm. 

*Kawasaki Ninja ZX-4RR

Sementara itu, dokumen berkenaan turut mendedahkan SRK400RR tersebut menawarkan 76.5hp sekaligus 0.5hp lebih tinggi berbanding Ninja ZX-4R. Tidak cukup dengan itu, QJMotor turut mendakwa SRK400RR ini 12kg lebih ringan dari Ninja ZX-4RR. 

Antara maklumat lain turut didedahakn termasuk jarak antara tayar (wheelbase) yang diletakkan pada 1374mm dan lebar 718mm. Pada masa sama, QJMotor turut mendakwa SRK400RR ini mampu mencapai kelajuan puncak 210km/j. 

*QJMotor Ten78 Concept

Reka bentuk SRK400RR pula jelas diilhamkan dari model konsep QJMotor Ten78 yang didedahkan di EICMA tahun lalu. Motosikal berkenaan direka oleh bekas pereka MV Agusta dan Benelli, Adrian Morton. 

Dalam pada itu pakej suspensi pula terdiri dari fork depan jenis USD dari Marzocchi. Untuk rekod, QJMotor bertanggungjawab menghasilkan sistem suspensi Marzocchi menerusi kerjasama dengan jenama Itali itu. 

Google ads
Back to top button