Buletin

MAHU UNDUR TAPI TERMASUK GEAR ‘D’, MYVI REMPUH MASUK RESTORAN

Seorang warga emas berusia 76 tahun menggemparkan pengunjung sebuah restoran apabila merempuh masuk ke premis tersebut di Jalan Prima Setapak 3, Kuala Lumpur. 

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada lelaki itu yang mahu mengundurkan keretanya, tetapi termasuk gear D sebelum menekan minyak.

Akibatnya, Perodua Myvi berwarna putih merempuh masuk ke dalam restoran dan melanggar salah seorang pelanggan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, warga emas itu bagaimanapun hanya cedera ringan di tangan. Manakala pelanggan yang dilangar tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kes disiasat mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Peraturan 10 LN166/59).

sumber: Astro Awani  

Google ads
Back to top button