Buletin

MERCEDES-BENZ S-CLASS

Jika anda sedang mencari sebuah saloon mewah, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan model S-Class serba baharu semalam.

SONY DSC

Didatangkan tiga varian: S 400 Hybrid, S 500 dan S 63 AMG, MBM menyifatkan produk terkininya itu sebagai kereta terbaik di dunia. Kenapa? Kerana Mercedes-Benz S-Class telah menetapkan satu standard baharu dalam kelasnya yang tersendiri.

Dibina berasaskan kepada tiga bentuk kejuruteraan iaitu Intelligent Drive, Efficient Technology serta Essence of Luxury, ketiga-tiga varian S-Class ini menandakan permulaan baru dari segi kemewahan moden dan keselamatan.

SONY DSC

Kita mulakan dengan S 400 Hybrid. Menjadi satu-satunya model S-Class yang dipasang tempatan (CKD) setakat ini, model itu boleh dimiliki pada harga anggaran RM888,888 seunit. Harga itu mungkin diturunkan lagi memandangkan ia model CKD dan hibrid yang sepatutnya mendapat insentif daripada kerajaan.

S 400 Hybrid yang menjadi model asas untuk keluarga S-Class dijana oleh unit enjin 3.5 liter V6 CGI berkuasa 306hp @ 6,500rpm dan tork 370Nm @ 3,500-5,250rpm. Enjin yang dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-TRONIC PLUS itu dibantu oleh satu pek bateri Lithium-Ion berkapasiti 20kW.

SONY DSC

Modul hibrid kompak itu terdiri daripada satu motor elektrik berbentuk cakera yang bertindak sebagai starter dan alternator.

Kombinasi itu membolehkan S 400 Hybrid mencatat penggunaan bahan api sekitar 6.3 liter untuk setiap 100 kilometer. Ia merupakan penjimatan sebanyak 20 peratus berbanding model terdahulu. Jika dilihat pada prestasi pula, jentera itu mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 6.8 saat dengan kelajuan dihadkan kepada 250km/j.

Mercedes-Benz S 350 BlueTec ( W222) 2012

S 500 pula dibekalkan dengan unit enjin V8  bersesaran 4,663cc. Enjin tersebut dapat menghasilkan kuasa mencecah 455hp dan tork maksimum 700Nm @ 1,800-3,500rpm. Ia juga dipadankan bersama kotak gear automatik tujuh kelajuan 7G-TRONIC PLUS.

Mercedes-Benz S 350 BlueTec ( W222) 2012

Jentera itu mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 4.8 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j. Biarpun dengan semua prestasi tersebut, S 500 masih berupaya mencatat penggunaan bahan api yang munasabah iaitu sekitar 8.6 liter untuk setiap 100km.

Sekiranya kuasa itu tidak cukup untuk anda, pilih sahaja varian petrol S 63 AMG. Dikuasakan oleh unit enjin V8 empat injap bagi setiap silinder, kuasa yang mampu dijananya amat impresif.

Archivnummer: SSPIP33464

Tidak percaya? Enjin yang dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan AMG SPEEDSHIFT MCT tersebut boleh menghasilkan kuasa 585hp dengan tork mencecah 900Nm! Walaupun kelajuan maksimumnya dihadkan kepada 250km/j, pecutan dari 0 hingga 100km/j dapat dibuat dalam tempoh hanya 4.4 saat. Penggunaan bahan  apinya pula sekitar 10.1 liter untuk setiap 100km.

Mercedes-Benz S-Klasse (W 222) 2013

Sebagai sebuah kenderaan yang terbaik di dunia, S-Class tampil dengan pelbagai sistem keselamatan. Antaranya ialah perlindungan PRE-SAFE yang terdiri daripada PRE-SAFE Brake, PRE-SAFE Plus dan PRE-SAFE Impulse.

Di dalam ruang kabin, keselesaan menjadi keutamaan. Di samping menyediakan ambien yang paling selesa dan mewah, pemandu S-Class boleh mengawal jentera tersebut menerusi dua paparan TFT berwarna bersaiz 12.3 inci.

SONY DSC

Demi memenuhi selera muzik pemandu dan penumpangnya, dua sistem bunyi berkualiti tinggi boleh dipilih. Sama ada sistem audio Burmester Surround System dan Burmester High-End 3D-Surround System yang terdiri daripada sepuluh unit pembesar suara, ia pasti tidak akan mengecewakan.

S-Class juga menjadi kenderaan pertama di dunia yang dipasang dengan sistem wangian. Menjadi sebahagian daripada pakej AIR-BALANCE, sistem wangian itu membolehkan pemilik memilih wangian lembut yang diingininya.

Archivnummer: SSPIP33483

Untuk semua teknologi terbaik Mercedes-Benz, varian S 500 boleh dimiliki pada harga RM1.08 juta. Sementara model penuh kuasa, S63 AMG pula berharga RM1.6 juta.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button