Modifikasi

KENARI MILITARY STYLE

Pernah dengar military style, army style atau army rat? Sama ada sengaja atau tidak, Kenari ini sebahagian daripada ideanya. Apabila bercakap tentang army style, kita biasanya merujuk pada warna hijau tentera yang disembur pada keseluruhan badan kereta.

DSC_9506

Cuba Google army style. Banyak contoh-contoh begini digunakan, terutama pada kereta old skool. Army style boleh juga menggunakan tema warna atau pelekat dengan corak samaran macam kenderaan tentera. Sebenarnya, lebih afdal kalau guna teknik cat, sebab payahnya boleh tahan!

Kereta ini bukanlah baru dalam petak autoshow, selalu ada tapi jarang diketengahkan. Idea kereta ini juga bukan setakat kereta Ah Beng yang memekak dengan audio tak tentu pasal. Memang kereta ini banyak modified audionya. Di belakang boot, penuh sub woofer.

DSC_9522

Kereta ini bukan setakat pasang macam tu saja. Kalau tengok di bahagian papan pemukanya, kerja-kerja fabrikasi dan custom memang kemas dan cantik.

Memuatkan monitor TFT 14 inci bukannya mudah. Berapa kilo gentian kaca kena guna semata-mata nak dapatkan curve dan perumah yang nampak macam kerja West Coast Custom dalam Pimp My Ride.

DSC_9541

Kerja-kerja fabrikasi juga melibatkan kelongsong yang memegang gugusan meter di atas papan pemuka yang dah tentu bukan Defi. Kedua-dua tiang depan juga dibuat semula untuk memuatkan sejumlah tweeter.

Sebenarnya saya jarang suka kereta-kereta macam ini. Tetapi Kenari ini sedikit istimewa. Apabila belek panel pintu, ia dibuat dengan teliti untuk menempatkan monitor 7 inci di situ.

DSC_9525

Macam mana nak tonton, jangan tanya sebab saya pun nak tanya soalan yang sama. Apa yang cuba saya ketengahkan adalah idea rumit nak jadikan konsep multimedia dan sistem hiburan kereta menjadi realiti yang sempurna.

Saya biasa juga tengok kereta Autoshow yang dari jauh nampak macam sempurna, tapi bila tengok dekat, serupa buat dengan tanah liat, retak sana sini. Bila tak menang pertandingan, kecoh sumpah-seranah orang. Padahal kereta sendiri yang buruk.

DSC_9524

Warna merah hati yang dipilih utuk kemasan dalaman kereta bukanlah saja-saja. Semua bahagian fabrik telah digantikan dengan tema yang sama. Tempat duduknya menggunakan cutting SR3 Type R, karpet, lelangit bumbung dan stereng Elevo itu pun dengan baldu merah. Susah atau tidak nak jaga, tengok saja bahagian sterengnya yang dah mulai kusam.

DSC_9499

Bahagian luar kereta dipasangkan dengan rim yang tak berapa besar, 18 inci sahaja… Ini bukanlah rim yang dikhususkan untuk K-Car. Jadi, keempat-empat ruang roda Kenari telah dikorek dan dipotong untuk memastikan tayar 205/35/18 boleh masuk. Saya rasa ini tayar paling kurus boleh dipasangkan pada rim 18 inci.

DSC_9505

Fender arch dipasangkan di belakang dan kereta nampak tinggi. Cuma bahagian depan yang dipasangkan dengan bodykit custom boleh direndahkan lagi bila spacer 1.5 inci ditambah pada hub rodanya.

DSC_9509

Kenapa tiba-tiba ada logo Audi pada gril depan tu? Tak apa, itu boleh dimaafkan kerana keseluruhan kereta dibalut stiker penyamaran, bodykit kembang-kembang dan rim 18 inci. Kalau orang nak mengata sekalipun, kereta dia orang guna rim berapa inci?

[hr]GALERI

DSC_9517DSC_9498DSC_9508DSC_9515DSC_9519DSC_9532DSC_9533DSC_9537

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button