Buletin

MERCEDES DIPILIH ATAS FAKTOR KESELAMATAN – K’JAAN KELANTAN

Polemik pembelian kereta Mercedes Benz bagi kegunaan kerajaan Kelantan nampaknya belum berakhir. Dalam satu kenyataan terbaru, pemilihan kenderaan mewah tersebut adalah dibuat berdasarkan faktor keselamatan.

Itu adalah alasan yang diberikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan kereta jenis Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasmi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata kenderaan jenis Mercedes-Benz telah lama digunakan termasuk semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dia sebenarnya, penggunaan Mercedes-Benz ini adalah zaman Tok Guru (Nik Aziz) lagi. Saya masa itu exco, memang pakai Mercedes-Benz E230. Jadi kita hanya tukar Mercedes lama ke baru.

“Faktornya, seperti saya katakan, iaitu faktor keselamatan itu paling besar. Tak sepatutnya ia jadi isu. Tapi sudah menjadi isu, kita nak kata macam mana,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan kesesuaian penggunaan Mercedes oleh Kerajaan Negeri sedangkan perbelanjaan kerajaan mengalami defisit.

Terdahuluini, pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan dakwaan pembelian kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan peruntukan khas RM400 juta.

KREDIT: ASTRO AWANI

Google ads
Back to top button