
MERCEDES GLE 400 e 4MATIC BAHARU DENGAN TEKNOLOGI EQ HYBRID DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM498K
Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model baharu GLE 400 e 4MATIC, dilengkapi Teknologi EQ Hybrid, menjadikannya model GLE hibrid plug-in pertama yang memasuki pasaran tempatan.
Dipasang secara tempatan (CKD), GLE 400 e 4MATIC mengekalkan identiti GLE standard, tetapi hadir dengan lampu depan dan belakang diperbaharui serta bampar yang diubah suai bagi menampilkan imej lebih sporty.
Pilihan tambahan termasuk lampu hadapan Multibeam LED dan pencahayaan ambien yang memaparkan corak ikonik Mercedes-Benz.

Varian AMG Line tampil lebih garang dengan elemen khusus seperti gril berlian, kit badan AMG, serta rim AMG bersaiz 21-inci. Turut melengkapkan bahagian luar ialah rel bumbung berkemasan krom dan pintu belakang berkuasa elektrik yang menawarkan kemudahan tambahan kepada pengguna.
Bahagian dalam kabin menampilkan roda stereng multifungsi dengan kawalan sentuhan, serta upholsteri Artico leather dan mikrofiber yang menambahkan sentuhan mewah.
SUV menawarkan ruang tempat duduk untuk lima orang penumpang ini dilengkapi dua skrin digital bersaiz 12.3-inci memaparkan instrumen dan sistem infotainment terkini MBUX, lengkap dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara wayarles.

Pengalaman audio pula diperkaya sistem audio Burmester 13-speaker dengan Dolby Atmos, menjanjikan kualiti bunyi yang mendalam dan mengasyikkan.
Ciri bantuan pemandu turut merangkumi fungsi transparent bonnet, active parking assist, serta kamera 360° untuk memudahkan pemanduan dan parkir dalam pelbagai situasi.
Di bawah bonet, GLE 400 e 4MATIC menawarkan:
- Enjin: 2.0 liter empat silinder sejajar (inline-four) – 185kW & 400Nm
- Motor elektrik: 100kW & 440Nm
- Kuasa gabungan: 280kW & 600Nm
- Bateri: 31.2kWh dengan jarak WLTP sehingga 109km
- Pengecasan AC: Sehingga 11kW, 10%–100% dalam ~2.5 jam
- Pengecasan DC (pasaran terpilih): Sehingga 60kW, 10%–80% dalam ~29 minit
- Pacuan: 4MATIC+ semua roda
- Kotak gear: 9G-Tronic automatik 9 kelajuan
- Prestasi: 0–100 km/j dalam 6.1 saat, kelajuan maksimum 210 km/j
GLE 400 e 4MATIC turut dilengkapi pembantu suara pintar yang mampu belajar dan menyesuaikan diri secara berterusan apabila perkhidmatan dalam talian diaktifkan melalui aplikasi Mercedes me.

Sesetengah arahan, seperti menjawab panggilan telefon, boleh dijalankan tanpa perlu menyebut “Hey Mercedes.” Sistem ini juga menyokong kemas kini over-the-air (OTA) bagi memastikan perisian MBUX sentiasa dikemas kini dengan ciri terkini.
Beralih pada harga pula, GLE 400 e 4MATIC PHEV ditawarkan pada harga bermula RM498,888.
GALERI:



























- BACA: KINETA RAIH ANUGERAH ‘BEST EV CHARGING SOLUTIONS OF THE YEAR’ DI COTY2025
- BACA: PANCING JURUTERA DUCATI, CFMOTO BAKAL SERTAI WORLSBK DENGAN V4 SR-RR
- BACA: FOTO RASMI SMART #6 PHEV DIDEDAHKAN: JARAK GERAK 1,810KM, JANA 429HP
- BACA: TOYOTA PROBOX 2026, MODEL LAMA LEBIH CANGGIH DENGAN TOYOTA SAFETY SENSE TERKINI


