
MERCEDES JAHANAMKAN 2 EV, BUKTIKAN EQA & EQS SELAMAT BILA KEMALANGAN
Mercedes merupakan pembuat kenderaan pertama di dunia yang menjalankan ujian kemalangan kereta elektrik melibatkan 2 kenderaan sekaligus. Dalam simulasi kemalangan ini, Mercedes menggunakan SUV EQA dan juga EQS dengan kedua-dua kenderaan berlanggar pada halaju 56km/jam.
Dalam satu kempen pemasaran dan kesedaran keselamatan jalan raya, Mercedes mendakwa ujian ini adalah ujian pertama di dunia yang melibatkan 2 kereta elektrik berbanding dengan ujian lain yang hanya melibatkan halangan aluminium atau konkrit.
EURO NCAP dan juga NHTSA turut menjalankan prosedur ujian kemalangan bagi menentukan keselamatan kenderaan yang dijual oleh pengeluar. Ujian ini meliputi ujian perlanggaran depan dan perlanggaran sisi bagi menilai risiko kecederaan pada penumpang dalam kemalangan sebenar.
Namun NCAP dan NHTAS menggunakan troley seberat 1400kg yang dipasang dengan halangan aluminium bagi ujian perlanggaran sisi. Bagi ujian perlanggaran depan, troli dan kereta ujian akan berlanggar pada sudut overlap dengan laju 50km/jam.
Bagi ujian kemalangan kereta elektrik Mercedes, SUV EQA adalah seberat 1995kg manakala EQS adalah seberat 2721kg dan dihenpat pada sudut overlap 50% dan halaju EQA serta EQS dinaikkan kepada 56km/jam.
Impak kemalangan telah menghancurkan sepenuhnya bahagian depan (zon remuk) dan anda boleh menonton video kelajuan tinggi merakam detik kemalangan dengan jelas. Biarpun bahagian depan kenderaan hancur sepenuhnya, semua pintu EQA dan EQS boleh dibuka dengan mudah, dan dalam kejadian sebenar penumpang boleh keluar sendiri tanpa menunggu bantuan pasukan penyelamat.
Bagi mengelakkan kebarangkalian berlakunya kebakaran akibat kemalangan, sistem voltan tinggi EQA dan EQS telah dipadamkan secara automatik. Head of vehicle safety Prof. Dr. Paul Dick melaporkan bahawa semua patung ujian menunjukkan “risiko yang sangat rendah untuk mengalami kecederaan yang membawa maut”.

