Buletin

BELANJAWAN 2024: MALAYSIA NEGARA KETIGA TERTINGGI DI DUNIA UNTUK SUBSIDI PETROL – PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dunia untuk subsidi petrol.

Menurutnya harga petrol RON95 negara ini adalah antara termurah di dunia dengan kadar RM2.05 sen seliter, malah lebih murah berbanding Arab Saudi, pengeluar minyak utama dunia (RM2.94).

“Jika dibandingkan dengan harga negara serantau yang pendapatan rakyatnya lebih rendah daripada kita, Indonesia pada kadar RM4.45 dan Thailand pada kadar RM5.99.

“Tidak cukup dengan itu, cukai yang kita pungut pula antara yang terendah di ASEAN, yakni hanya 11.8 peratus kepada KDNK berbanding Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus),” katanya.

Justeru itu Anwar berkata, sebagai langkah meningkatkan mutu perkhidmatan serta bantuan kepada rakyat, Kerajaan Perpaduan bertanggungjawab meluaskan asas hasil. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button