Buletin

CHEVROLET CORVETTE E-RAY - GENERASI LAGENDA CORVETTE DENGAN SISTEM ELEKTRIK YANG SUPER DUPER LAJU

Dalam dunia permotoran Amerika, wujud sebuah lagenda kereta sport yang cukup dikenali dan gah, Chevrolet Corvette yang telah diperkenalkan kira – kira 70 tahun yang lalu yang membuat kemunculan pertama ketika Motorama di Kota New York. Dan kini Chevrolet memperkenalkan model baharu sang lagenda Corvette dengan buat pertama kalinya sebagai kenderaan elektrik, Corvette E-Ray.

Ianya dibangunkan dengan tujuan untuk membolehkan pemiliknya pergi ke mana sahaja tanpa mengira musim, Corvette E-Ray ini turut didatangkan dengan varian convertible yang membolehkan pemiliknya menikmati cuaca musim panas sambil memandu di pantai Miami. Pengalaman pemanduannya kini ditingkatkan dengan prestasi garis lurus yang sengit, keyakinan sepanjang cuaca serta keupayaan menjelajah yang pasti yang hanya boleh dicapai dengan e-AWD.

Menariknya, Corvette E-Ray ini juga sebenarnya merupakan kereta sport yang menggunakan dua trenkuasa berasingan, termasuklah enjin 6.2 liter NA V8 yang cukup berkuasa dengan daya tindak balas elektrik yang dikuasakan oleh e-AWD.

Dan ini menjadikan E-Ray sebagai model Corvette pengeluaran terpantas dalam sejarah, mencatat masa 2.5 saat 0-60 100 km/j sebelum melepasi suku batu dalam 10.5 saat sahaja.

Kuasa tujahan yang hampir serta-merta daripada tork rendah adalah teras kepada pengalaman pemanduan Corvette E-Ray ini dengan kuasa yang melimpah ruah. Kuasa ini datangnya daripada 6.2L LT2 Small Block V-8, memberikan 495 kuasa kuda dan 470 lb-ft tork ke gandar belakang.

Ia dilengkapi dengan motor elektrik yang menyalurkan tambahan 160 kuasa kuda dan 125 lb-ft tork melalui roda hadapan melalui pek bateri 1.9 kWj, yang terletak di antara tempat duduk. Secara keseluruhan, Corvette E-Ray ini menghasilkan gabungan 655 kuasa kuda daripada kedua-dua motor elektrik dan Blok Kecil V-8.

Pek bateri yang dibekalkan ini tidak memerlukan sebarang sistem pengecasan melalui plug kerana ianya dicas melalui penjanaan semula sistem brek serta semasa pemanduan semasa.

Menarik juga apabila Corvette E-Ray ini turut diberikan tetapan Stealth Mode, untuk pemanduan elektrik di atas jalanan sehingga ke 72 km/j. Bagi memberhentikan kereta sport yang laju ini, brek Brembo Carbon Ceramic turut dibekalkan secara standard untuk pemberhentian yang optimum.

Menambahkan kesedapan pemanduan adalah sistem Magnetic Ride Control 4.0 dengan tiga tetapan suspensi yang berbeza mengikut citarasa pemiliknya. Membaluti rim bersaiz 20 inci itu adalah tayar Michelin Pilot Sport yang cukup sesuai dengan sebarang musim untuk pemanduan.

Corvette E-Ray ini sudah boleh ditempah dengan harga bermula $104,295 (RM493,158 ) untuk model coupe dan juga $111,295 (RM526,258) untuk carian Convertible.

BACA : HENNESSEY UBAH SUAI CORVETTE C8 STINGRAY, 717 HP TORK 865NM!

BACA : PELUMBA CACAT PENGLIHATAN NAK BUAT REKOD DUNIA PANDU CORVETTE 800 HP

Google ads

B K

Back to top button