
MERCEDES MAYBACH BERPERISAI OLIGARKI RUSIA KENA RAMPAS. HARGA BERNILAI RM2.8 JUTA
Kesatuan Eropah (EU) sedang mengejar oligarki Rusia berikutan konflik di Ukraine.
Terbaharu, jentera berperisai Mercedes Maybach, Alisher Usmanov yang bernilai AS$654,330 (RM2.76 juta) dirampas pihak berkuasa Sardinia.
Menurut Corriere della Sera, kenderaan terbabit disita sebagai sebahagian daripada sekatan oligarki yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Kenderaan itu akan digunakan untuk mengangkut orang kenamaan asing semasa lawatan rahsia ke Sardinia termasuk Putin sendiri.
Ia juga kemungkinan pernah digunakan bekas Presiden Demitri Medveded atau anak-anak perempuan Putin.
Mercedes Maybach S 650 Guard VR10 berkenaan menampilkan ciri-ciri seperti tayar besar, kalis serangan mesingan dan letupan.
Selain itu, ia hadir dengan tingkap empat inci tebal yang memerlukan motor pneumatik untuk membuka serta menutup tingkap manakala pintu hanya boleh dibuka dengan piston hidraulik.
Keseluruhan kenderaan pula dibaluti perisai dan sebutan VR10 membawa maksud kenderaan itu dibina untuk menahan bahan letupan.
Menurut Mercedes, sedan mewah terbabit boleh mengendalikan letupan dua bom tangan yang meletup pada masa sama.
Ia mendapat khidmat enjin 6.0 liter V12 yang mampu menjana kuasa 612 hp.
Ciri-ciri lain termasuk sistem komunikasi dan sistem penapisan udara sekiranya terdapat serangan gas.
Jentera berkenaan dibeli di Sardinia pada tahun 2018. –carscoops