ELON MUSK KEKAL KEDUDUKAN INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA. NILAI KEKAYAAN CECAH RM1.26 TRILION
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan SpaceX, Elon Musk mengekalkan kedudukan sebagai individu terkaya dunia dengan nilai kekayaan mencecah AS$300 bilion (RM1.26 trilion)., lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.
Kedudukan Musk,50, itu bermaksud beliau meletakkan jurang kekayaan sehingga AS$100 bilion (RM421.9 bilion) berbanding pemegang tempat kedua iaitu pengasas Amazon dan pemilik Blue Origin, Jeff Bezos.
Musk yang merupakan ahli lembaga pengarah terbaharu laman sosial Twitter, memiliki nilai kekayaan dua kali ganda daripada pelabur legenda dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway, Warren Buffett, yang mula melabur pada 1941 ketika berusia 11 tahun.
Nilai bersih harta Buffet, 91, yang digelar Oracle of Omaha ituhanya sekitar AS$125 bilion (RM527.4 bilion).
Musk juga jauh lebih kaya daripada kekayaan gabungan dua bekas CEO Microsoft, Bill Gates iaitu AS$136 bilion (RM 573.8 bilion) dan Steve Ballmer dengan $100 bilion (RM421.9 bilion).
Menurut laporan majalah Forbes, Musk ialah manusia paling kaya yang pernah hidup setakat ini. – KOSMO!
- BACA: MUSK DIJANGKA JADI TRILIONAIR PERTAMA DUNIA PADA 2024. TAPI ADA MASA HIDUP DI BAWAH GARIS KEMISKINAN
- BACA: ELON MUSK PERLU BAYAR CUKAI RM63.3 BILION. PALING TINGGI DALAM SEJARAH AS
- BACA: ELON MUSK DIJANGKA JADI TRILLIONAIRE PERTAMA DUNIA
- BACA: SELALU KACAU PASARAN MATAWANG KRIPTO, ELON MUSK TERIMA UGUTAN ANONYMOUS