,
BuletinMotosikal

HONDA CRF1100L AFRICA TWIN 2020 DAH SAMPAI!!!

Ini mungkin berita yang dinanti-nantikan oleh peminat Honda Africa Twin CRF1100 di Malaysia. Boon Siew Honda, pemegang hak edaran motosikal Honda membuka lembaran tahun baru dengan rangkaian model terbaru mereka.

Tiga model dilancarkan sebentar tadi, Honda CBR1000RRR, Goldwing GL1800 dan Africa Twin yang kesemuanya merupakan model terkini bagi versi tahun 2020.

Salah satu yang menarik perhatian ialah CRF1100 Africa Twin. Seperti yang pernah kami laporkan dari Tokyo sebelum ini, Africa Twin 2020 merupakan model yang dibina semula berdasarkan permintaan pelanggan mereka.

Daripada menumpukan genre adventure yang lebih bersifat off road, Honda sedar permintaan motosikal tourer sudah berubah dan Africa Twin 2020 lebih mesra “lebuhraya” berbanding sebelumnya.

Sebanyak tiga varian yang diperkenalkan.

Bagi versi Adventure, ia dielngkapi tangki bahanapi 24 liter, pelindung bawah enjin, rim tanpa tiub serta suspensi electronik sepenuhnya daripada Showa. Bagi varian ini, hanya transmisi manual sahaja yang diperenalkan dengan pilihan warna merah sahaja.

Berikut ialah senarai harga Africa Twin CRF1100L 2020

  • Adventure (manual) – RM98,888
  • Adventure sport (manual) RM111,888
  • Adventure sport (DCT) RM117,888

Sesaran enjin baru kini ialah 1084cc yang mematuhi piawaian emisi Euro5 berbanding sebelum ini hanya 998cc. Enjin baru ini menghasilkan 100.5 kuasa kuda dan 105Nm tork. ia peningkatan 5hp berbanding sebelum ini 95hp.

Saksikan video ringkas kami di bawah

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button