Motosikal

RAKAM AKSI BERBAHAYA DENGAN MOTOSIKAL CURI – LELAKI INI KENA PENJARA 21 BULAN

Seorang lelaki yang merakam aksi menunggang motosikal curi secara berbahaya di sebatang jalan awam di UK ditahan polis dan dipenjarakan selama 21 bulan.

Adam Campion, 26, dari Hucknall, Ashfield ditahan selepas polis mendapati dia menunggang sebuah motosikal curi. Plat motosikal itu ditemui di dalam sebuah kereta terbiar.

Polis yang menyelongkar kereta terbabit menemui sebuah komputer yang mengandungi banyak lagi video Campion menunggang secara berbahaya, kebanyakannya dengan motosikal curi.

Campion berjaya dikesan menggunakan perisian pengecaman wajah. Walaupun dia memakai topi keledar dalam kebanyakan videonya.

Dalam satu video, Campion merakam sendiri aksinya menunggang selaju hampir 305km/j dengan sebelah tangan. Ini dipercayai kelajuan paling tinggi penah dicapai di laluan awam di UK menggunakan motosikal.

Dalam satu video lain, dia dirakam melakukan wheelie pada kelajuan tinggi sambil melambai ke arah pengguna jalan raya yang lain. Selain menunggang melawan arus dan melanggar lampu isyarat.

Campion mengaku bersalah atas lima tuduhan menunggang secara berbahaya dan satu dakwaan membantu suspek lain menyimpan barang curi.

“Saya harap hukuman penjara ini akan membuatkan orang lain yang ingin meletakkan nyawa sendiri dan orang lain dalam bahaya berfikir dua kali,” kata Inspektor Glenn Longden, dari balai polis Nottinghamshire.

Google ads
Back to top button