
LELAKI CURI TRELER DENGAN MUATAN 10 CORVETTE BAHARU SEBAIK KELUAR DARI PENJARA – DEMO KENAL BAREY
Seorang lelaki di Cochise County, Arizona mengaku mencuri sebuah treler dengan muatan penuh Chevrolet Corvette C8 pada 15 Februari lepas. Walaupun nilai keseluruhan kereta sports tersebut dianggarkan sekitar USD1.25 juta tapi ia bukanlah motif utama saspek. Beliau cuma mahukan kenderaan untuk pulang ke rumah sebaik dibebaskan dari penjara.

Saspek bernama Isaiah Walker dituduh menyerang dan merompak pemandu treler terbabit selepas berlaku pertengkaran antara keduanya. Sewaktu pemandu cuba untuk memasuki kabin treler, saspek telah menyerang dan menolak beliau ke luar dari kabin treler. Walker kemudian masuk ke kabin pemandu,mengunci pintu dan melarikan treler tersebut.
Timbalan sheriff kemudian menemui treler tersebut sedang bergerak di Fort Grant Road dan cuba untuk menhentikannya tapi gagal. Walker mula memandu dengan melulu menyebabkan kenderaan-kenderaan lain terbabas ke bahagian tepi jalan raya. Biasalah macam dalam filem Hollywood kan?

Namun sebaik menghampiri County Line Road, Walker berhenti dan mematikan enjin treler tersebut. Beliau segera ditangkap dan sebaik ditanya kenapa beliau melakukannya, beliau menjelaskan inya bukan sebab Corvette yang menjadi muatan treler tersebut. Malah jabatan sheriff dimaklumkan yang beliau perlukan kenderaan untuk pulang ke rumah.
Bunyi macam kelakar kan alasan tu tapi sebenarnya ia satu masalah yang melanda kebanyakan banduan yang dibebaskan di AS setiap hari sehingga pihak penjara memperkenalkan program yang dinamakan The Ride Home Program. Masalahnya walaupun program tersebut diwujudkan, ia masih tidak mencukupi untuk menampung jumlah banduan yang dbebaskan setiap hari di AS.
Walker contohnya berasala dan Lawton, Oklahoma yang berjarak hampir 785 batu (1263 kilometer0 dari lokasi beliau merompak treler tersebut! Jauh tu wei… boleh papa kalau nak ambil Grab mintak hantar.
Naum syukurlah tiada pihak yang tercedera dan Corvette tu pun selamat tanpa sebarang kerosakan. Treler tersebut diserahkan kembali kepada pemandu yang kemudiannya meneruskan penghantaran ke destinasi walaupun munkin sedikit lewat. Walker dikenakan beberapa pertuduhan termasuklah tuduhan mencuri 11 unit kenderaan sekaligus. Aduh masuk jel balik la jawabnya. Ke memang ini taktik dia nak masuk jel balik eh?