
MG5 RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA – JANA 114PS, HARGA BERMULA RM86K
SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. hari ini secara rasmi melancarkan sedan serba baharu MG5 untuk pasaran tempatan.
MG5 dilancarkan di Malaysia sebagai model CBU dari Thailand, dengan pemasangan CKD dijangka bermula tahun depan.
Tahun ini, terdapat 25 pengedar di Semenanjung Malaysia, dan lebih 100 unit telah ditempah sejak sesi pratonton bulan lepas.
Dengan ukuran 4,675mm panjang, 1,842mm lebar, 1,473mm tinggi, dan jarak roda sepanjang 2,680mm, MG5 baharu menawarkan reka bentuk yang menarik dan dimensi kompetitif dalam kelasnya.

Lima warna akan ditawarkan iaitu;
- Nuclear Yellow
- Dynamic Red
- Arctic White
- Black Pearl
- Camden Grey
MG5 serba baharu ini datang dengan reka bentuk coupe fastback yang sporty, menampilkan siluet fastback tersendiri, spoiler ducktail, gril hadapan 3D yang agresif, dan dilengkapi sunroof.
Kelengkapan luaran lain termasuklah lampu utama LED automatik dengan DRL dan rim aloi Tomahawk 17-inci.

Di bahagian dalam, MG5 dilengkapi kokpit maya LCD 7-inci sepenuhnya, sistem infotainment terapung 10.25-inci, dan stereng kulit tiga jejari, sokongan Apple CarPlay/Android Auto serta enam pembesar suara.
Dari segi kuasa, ia dijana oleh enjin petrol 1.5L, menghasilkan kuasa 114PS dan 150Nm tork, digabungkan dengan transmisi automatik iCVT 8-kelajuan.
MG5 dilengkapi dengan sistem keselamatan bantuan pemandu MG PILOT yang komprehensif seperti;
- Front Collision Warning
- Adaptive Cruise Control
- Traffic Jam Assistance
- Lane Departure Warning and Prevention
- Lane Keeping Assist
- Blind Spot Detection
- Lane Change Assist
- Rear Cross Traffic Alert
- Door Opening Warning

Untuk harga pula, MG5 boleh dimiliki pada tanda harga bermula RM93,900.
Lebih menarik, dalam menyambut ulangtahun ke-100 MG, pelanggan boleh mengambil kesempatan emas dengan tawaran rebat RM7,000, menjadikan MG5 serba baharu ini hanya bernilai RM86,900.
MG5 juga hadir dengan pakej jaminan komprehensif, termasuk 5 tahun dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had (mana-mana yang terdahulu) pada kenderaan, dan 7 tahun dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had (mana-mana yang terdahulu) pada trenkuasa (enjin dan transmisi).
GALERI:





















- BACA: MERCEDES BENZ E 350e PHEV, LAGI BAIK DARIPADA BMW 520i?
- BACA: TARIF EV: EU SEDIA KEMUKA SYARAT BAHARU, BERUNDING DENGAN CHINA
- BACA: BAIC BJ40 TAKLIMAKAN RALLY CHAMPION EDITION – BARULAH NAMPAK LASAK DAN RUGGED
- BACA: IMPIAN MILIKI FORD RANGER RAPTOR LEBUR, RM106K LESAP – TERPEDAYA IKLAN JUAL KERETA DI FACEBOOK







