Buletin

MICHELIN PRIMACY SUV

Tidak pasti tayar apa yang perlu dipilih untuk SUV anda? Jangan bimbang kerana Michelin Malaysia baru sahaja melancarkan rangkaian tayar untuk kenderaan SUV ke pasaran tempatan.

MICHELIN-PRIMACY-SUV-mekanika (8)

Dikenali sebagai Michelin Primacy SUV, tayar tersebut dibangunkan khas untuk memenuhi keperluan pengguna di pasaran Asia Pasifik.

Didatangkan dalam tujuh saiz berbeza (bermula saiz 16 inci), Michelin Malaysia menyatakan bahawa tayar tersebut disasarkan untuk kegunaan model SUV bersaiz sederhana dan trak pikap yang banyak menghabiskan masa di laluan biasa.

MICHELIN-PRIMACY-SUV-mekanika (6)

Penghasilan Michelin Primacy SUV yang dikilangkan di Thailand itu mengambil kira kondisi jalan dan cuaca di rantau ini.

Keistimewaan Michelin Primacy SUV terletak pada empat teknologi yang diaplikasikannya iaitu Michelin iaitu FlexMax2.0, StabiliGrip, CushionGuard dan EvenPeak. Gabungan teknologi ini membuatkan pemanduan SUV lebih selamat.

MICHELIN-PRIMACY-SUV-mekanika (13)

Buktinya, dengan menggunakan tayar Michelin Primacy SUV, kenderaan mampu membrek dalam jarak lebih pendek iaitu 2.2 meter (m) pada permukaan jalan basah dan 1.9m di atas jalan yang kering. Ia juga menawarkan cengkaman enam peratus lebih baik ketika di atas permukaan basah di selekoh.

Teknologi-teknologi itu juga berfungsi meningkatkan aspek pengendalian, brek, mengurangkan bunyi bising bunyi tayar serta memberikan kualiti pengendalian lebih selesa.

MICHELIN-PRIMACY-SUV-mekanika (5)

Biarpun begitu, ia tetap memiliki aspek ketahanan dan penjimatan bahan api yang sememangnya cukup sinonim dengan tayar buatan Michelin.

Walaupun kebanyakan SUV kini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang canggih, namun ramai pemandu terlupa tentang pentingnya tayar yang bagus. Ramai juga yang tidak tahu bahawa ketika memandu, permukaan tayar yang berhubung dengan jalan raya hanyalah sebesar poskad.

MICHELIN-PRIMACY-SUV-mekanika (4)

“Jadi, tayar untuk SUV mesti mampu menahan beban kenderaan pada kelajuan tinggi di atas apa jua permukaan jalan raya. Michelin Primacy SUV dibina untuk memenuhi semua keperluan ini bagi memberikan perjalanan yang selamat sepanjang masa,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Chandan Thakur.

MICHELIN-PRIMACY-SUV-mekanika (10)

Primacy SUV sudah pun boleh anda miliki pada harga bermula RM440 seunit.

Google ads
Back to top button