Buletin

LEXUS IS 200t

Lexus Malaysia memperkenalkan edisi baharu di bawah lencana IS menerusi Lexus IS 200t. Pengenalan IS 200t menggantikan model sebelumnya iaitu IS 250.

Lexus-IS-200t-mekanika (3)

Lexus Malaysia menawarkan empat varian IS iaitu IS 200t Premium, IS 200t Luxury, IS 200t F SPORT dan IS 300h Hybrid. Bukan sahaja dijana oleh enjin baharu 2.0 liter dengan sistem pengecas turbo, IS 200t juga menawarkan pelbagai ciri yang telah dipertingkatkan. Sekali gus meningkatkan lagi aspek keselamatan pemanduan.

Enjin petrol 4-silinder pengecas turbo berkenaan mampu menghasilkan kuasa 241 hp @ 5,800 rpm dan tork maksimum 350 Nm seawal 1,650  sehingga 4,400 rpm. Walaupun memiliki kapasiti enjin lebih kecil, namun output itu sebenarnya  menawarkan 17.5 peratus lebih kuasa dan 38.8 peratus lebih tork berbanding enjin 2.5 liter pada IS 250.

Lexus-IS-200t-mekanika (10)

Bagi penghantaran kuasa yang lancar, Lexus IS 200t dilengkapi transmisi automatik lapan kelajuan Sports Direct Shift.

Sementara itu, IS 300h masih mengekalkan Sistem Pemanduan Hibrid Lexus. Model hibrid itu dijana oleh enjin 2.5-liter petrol yang menghasilkan 178hp bersama kuasa elektrik motor 141hp. Tork maksimum 221Nm mampu dicapai di antara 4,200 sehingga 5,400 rpm.

Lexus-IS-200t-mekanika (19)

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki memberitahu, antara penambahbaikan yang dilakukan pada Lexus IS termasuk naik taraf ciri-ciri keselamatan. Selain keupayaan prestasi untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan memandu.

Penambahbaikan ciri keselamatan termasuklah 10 beg udara SRS (berbanding 8 sebelumnya) dan Pemantauan Titik Buta bersama Rear Cross Traffic Alert bagi varian Luxury, F SPORT dan hibrid.

Lexus-IS-200t-mekanika (7)

Ruang kabin IS masih mengekalkan ciri mewahnya. Bagi menyerlahkan ciri sporty, bahagian kokpit direka agar lebih fokus kepada pemandu. Semua varian IS kini dilengkapi kolum stereng pelarasan berkuasa elektrik sebagai satu ciri standard. Menggunakan tombol empat paksi pada bahagian tepi stereng, pemandu boleh menyesuaikan kedudukan stereng yang dikehendaki dan mendapatkan kedudukan pemanduan yang selesa dengan mudah.

Harga jualan bagi Lexus IS baharu ialah RM298,000 bagi IS 200t Premium; RM 350,000 (Lexus IS 200t Luxury), RM 385,000 (Lexus IS 200t F SPORT) dan RM 452,000 (hibrid).

Lexus-IS-200t-mekanika (17)

Didatangkan dengan tujuh pilihan warna menarik, semua model IS hadir bersama jaminan kilang selama tiga tahun/100,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu). Sebagai tambahan, pek bateri model IS 300h didatangkan dengan jaminan selama lapan tahun tanpa had perbatuan (tertakluk pada terma dan syarat).

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, Lexus IS telah melebihi sasaran dan menyumbang kepada jualan keseluruhan Lexus Malaysia. Lexus Malaysia percaya pengenalan model baharu IS akan meneruskan kejayaannya sebelum ini. Rekod jualan IS yang tinggi turut meletakkan Lexus Malaysia di kedudukan tiga teratas dalam segmen kenderaan mewah pada 2015.

Lexus-IS-200t-mekanika (1)

Lexus IS kini boleh didapati di pusat jualan sah Lexus seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari www.lexus.com.my atau hubungi talian bebas tol 1800 88 53987.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button