,
Modifikasi

MITSUBISHI GALANT SIGMA

Mitsubishi Galant Sigma keluaran tahun  1980-an memang agak popular di Malaysia.  Walaupun popular, kereta ini agak susah ditemui sekarang berbanding Lancer kotak yang sezaman dengannya. 

SONY DSC

Galant yang popular dengan nama Galant Kuda ini sebenarnya dijadikan kereta drift oleh pemiliknya, Ah Bi. Tetapi ia masihmasih mempunyai cukai jalan dan nombor plat yang sah.

Tidak pasti kenapa Ah Bi memilih Galant Kuda sebagai kereta drift. Tetapi apa yang pasti dia sudah melakukan kerja yang cukup baik merestorasi semula kereta klasik ni. Enjin asalnya, 1,600cc SOHC telah diganti dengan enjin Nissan CA18DET.

SONY DSC

Kenapa enjin Nissan? Sebenarnya, Mitsubishi tidak banyak menghasilkan enjin pacuan roda belakang yang berkuasa tinggi. Kalau ada pun dah terlalu tua. Jadi memang elok guna enjin Nissan sahaja.

Enjin yang diambil daripada half-cut Nissan 180SX banyak diubahsuai untuk meningkatkan kuasa kudanya. Kepala silinder dilakukan kerja-kerja port dan polish. Kemudian, sepasang aci sesondol perlumbaan HKS 272° dipasang.

SONY DSC

Bahagian blok enjin dikekalkan standard, kecuali semua bearing utama diganti dengan bearing jenis perlumbaan  ACL. Gasket keluli daripada Cometic memastikan kepala silinder dan blok enjin mendapat kedapan yang baik.

Selesai bahagian enjin, tiba masanya Ah Bi menumpukan perhatian kepada bahagian turbonya. Turbo standard CA18 tak cukup kuat, jadi ia diganti dengan turbo Borg Warner dengan wastegate Turbosmart. Injap blow-off enjin dinaik taraf dengan barang GReddy Type-R. Intercooler diganti dengan intercooler berteras 4 inci jenis front mount.

SONY DSC

Untuk sistem penyampaian bahan api, enjin ini dibekalkan dengan sepasang pam bahan api berkuasa tinggi Bosch. Semua alat pancitan bahan api juga diganti dengan penyuntik 510cc. Sebuah pelaras bahan api Works dipasang bagi mengawal aliran bahan api ke enjin. Bagi tujuan menyejukkan enjin, radiator asal enjin diganti dengan radiator aluminium. Penyejuk pelincir Trust turut dipasang.

Pengaliran gas ekzos dilancarkan dengan penggunaan manifold ekzos HKS yang disambung kepada paip ekzos saluran 3 inci buatan custom. Pada belakang kereta, sebuah peredam bunyi HKS digunakan.

SONY DSC

Mungkin aksesori paling penting ialah ECU jenis piggyback daripada GReddy e-Manage Ultimate yang mengawal semua fungsi campuran petrol dan udara ke dalam enjin. Tidak lupa juga ignition timing enjin.

Kalau enjin dah kuat, tak guna kalau kotak gear lembik. Ah Bi memastikan kotak gear Galant Kuda kesayangannya menggunakan klac yang mampu menampung kuasa  tinggi enjin. Sebab tu, klac kotak gear kereta disalin dengan klac Ogura Racing. Gandar belakang menggunakan gandar 180SX yang lengkap dengan sistem LSD 2 hala. Baru boleh drift.

SONY DSC

Sistem gantungan kereta terdiri daripada gabungan penyerap hentak boleh laras JIC yang lengkap dengan pillow mount jenis boleh laras di depan. Untuk roda belakang, penyerap hentak dari Bilstein digunakan.

Projek merojakkan barang Nissan ke chasis Mitsubishi ini diteruskan dengan penggunaan brek Skyline R33 pada keempat-empat tayarnya.  Pam brek pula daripada Nissan Skyline R32. Memandangkan kereta ini dibuat drift, Ah Bi telah membina e-brake hidrolik custom bagi memudahkan dia mengunci tayar belakang untuk membuat drift.

SONY DSC

Pilihan rim Ah Bi ialah Kosei berdiameter 17 inci yang dibalut dengan tayar Federal bersaiz 215/40 (depan) dan BF Goodrich 215/45 di belakang.

Dari segi penampilan, kereta ni memang tip top! Badan kereta direstorasi semula dengan sempurna tanpa sebarang tanda karat. Lampu belakangnya diganti dengan lampu Skyline R33 sedan dan gril depan Galant Sigma wagon.

SONY DSC

Bahagian dalam kereta sudah ditogelkan sepenuhnya. Apa yang tinggal ialah papan pemuka asal yang diubah suai dengan meter daripada 180SX. Tempat duduknya hanya sebuah untuk pemandu, berjenama Bride. Stereng kereta menggunakan stereng Nardi dan tombol gear jenama M’s. Di atas papan pemuka, Ah Bi menyusun meter-meter  jenama NRG, HKS dan Blitz.

SONY DSC

Kalau tidak dibuat drift, Galant ini sebenarnya boleh buat kereta bawak awek sebab kondisinya memang terbaik. Mungkin keretaAh Bi boleh menyuntik semangat kepada sesiapa yang ingin merestorasi sebuah Galant. Sedih juga kalau Galant ini dilupakan dari sejarah sebab kereta.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button