Buletin

SUZUKI VITARA KEMBALI (KECUALI MALAYSIA)

Biasanya apabila menyebut tentang kereta legenda jarang yang bercerita tentang SUV. Apa salah SUV? Tidak laju? Tidak kena dengan jiwa muda? Tidak boleh bawa berlumba?

Tahukah anda Mitsubishi Pajero Evolution yang sampai sekarang harga masih keras?

Tahukah anda Suzuki Vitara suatu masa dahulu SUV idaman ramai? Walaupun berusia 20 tahun harga masih lekat lagi. Begitu juga dengan Suzuki Jimny.

Hakikatnya jenama Suzuki sudah tiada lagi di negara kita. Masih ada sebenarnya tetapi dalam bentuk Proton Ertiga.

Menyentuh tentang Vitara, Suzuki ingin menyambut ulang tahun ke-30 model ini dan sempena itu memperkenalkan model kemaskini tahun 2019.

Sebelum itu dah 30 tahun rupa-rupanya Vitara. Muda sikit daripada Proton Saga.

Model yang berada sekarang ini berada di pasaran sejak 2014 lagi dan memang wajar menerima pembaharuan.

Sama juga dengan pengeluar lain, Suzuki turut menggunakan enjin yang kecil tetapi berkuasa. Vitara akan menggunakan dua jenis enjin iaitu 1.0 liter dan 1.4 liter Boosterjet turbo bagi menggantikan enjin 1.6 liter petrol.

Enjin Boosterjet ini mempunyai lebih kuasa, efisien dan emisi rendah. Enjin 1.0 liter berkuasa 111 PS manakala enjin 1.4 liter pula berkuasa 140 PS dengan tork 220 Nm dari 1,500 rpm hingga 4,000 rpm.

Mazda CX30

Bahagian luaran turut menerima beberapa perubahan seperti roda aloi, gril, bamper dan lampu LED dengan corak baharu. Bahagian dalam pula lebih kemas dengan material lembut dan kluster meter berwajah baharu.

Dalam sejarah 30 tahun, inilah model Vitara paling canggih dan dilengkapi teknologi keselamatan moden. Di antara kelengkapan standard (varian SZ5) ialah Dual Sensor Brake Support, Lane Departure Warning and Prevention, Traffic Sign recognition, Blind Spot Monitor dan Rear cross traffic alert.

Walaupun Vitara nampak seperti low profile hakikanya SUV ini dijual di 191 buah negara dan pasaran di serata dunia. Jualan kumulatif Vitara sudah pun mencecah 3.7 juta unit.

Suzuki memang nampak diam tetapi jenama ini sebenarnya adalah pengeluar kereta kelapan terbesar di dunia pada tahun 2017 dengan jualan sebanyak 3,160,000 unit.

BACA: SUZUKI DEDAH IMEJ RASMI JIMNY 2019 – MASIH BERAHSIA TENTANG SPESIFIKASI

BACA: SUZUKI SWIFT SPORT BEE RACING. 1.4L TURBO, 140PS. TAPI BODY DIA 970KG JEE!!!!!!

Tags
Google ads
Back to top button