Buletin

DAPAT McLAREN SENNA 001 TERUS BAWA MENGEMBARA 1400KM

Pada hujung tahun lalu McLaren melancarkan sebuah kereta hiper yang menarik perhatian ramai. Bukan perhatian biasa-biasa memandangkan model yang dilancarkan ialah McLaren Senna.

Selepas tujuh pelancaran barulah model pertama dengan nombor casis 001 siap. Majlis penyerahan Senna 001 itu dibuat pada minggu lalu kepada pemiliknya iaitu David Kyte yang merupakan seorang ahli perniagaan di London.

Majlis penyerahan berlangsung di McLaren Technology Centre di Woking, UK. 

Selepas sahaja menerima kereta baharunya, David Kyte terus memandu Senna 001 untuk penjelajahan (road trip) sejauh 1,400 km ke litar Paul Ricard, Perancis. David Kyte tidak memandu keseorangan tetapi dengan tiga buah lagi McLaren.

Konvoi tersebut disertai anak saudara Aryton Senna, Bruno Senna, Ketua Pegawai Operasi McLaren, Dr. Lens Ludmann dan Pengarah Siri Kenderaan McLaren, Andy Palmer. Mereka ke litar Paul Ricard bagi menyertai program pengalaman pemanduan McLaren pada hujung minggu lalu.

David Kyte bukan calang-calang individu, beliau adalah peminat sejati dan memiliki beberapa buah lagi McLaren.

Senna 001 ini dihasilkan mengikut citarasa pemiliknya. Warna yang dipiliha ialah MSO Anniversary White dengan corak badan warna MSO Aurora Blue dan jenama Senna pada spoiler belakang.

Berikut ialah beberapa lagi ciri-ciri pada McLaren Senna 01:

  • Corong udara bumbung 
  • Penutup minyak dan T-Bar dengan kemasan MSO Satin Visual Carbon Fibre
  • Angkup brek dengan warna MSO Bespoke Burton Blue
  • Penutup nat roda berwarna Volcano Red
  • Kerja-kerja mengecat mengambil masa lebih 600 jam dengan dua pakar cat menggunakan dua minggu untuk kerja-kerja ‘masking’ sebelum corak grafik dibuat
  • Autograf Senna pada penutup pintu dan tahun kejuaraan Senna dalam F1 diukir pada pedal minyak 
  • Grafik litar Interlagos di São Paulo, Brazil dengan logo McLaren dan tanda Mula/Tamat diletakkan pada bahagian depan kereta
  • Bahagian interior dilengkapi dengan kemasan hitam Alcantara®  dan sulaman corak berlian pada kerusi dan logo S Senna pada perehat kepala dalam warna Harissa Red
  • Karpet warna hitam turut dikemaskan dengan piping Harissa Red Alcantara® 

Tidak dapat dipastikan berapa David Kyte membayar untuk Senna 001 dan kerja-kerja tempahan khas yang dilakukan. Harga asas untuk model ini ialah sekitar AS$1 Juta atau RM 4.06 juta seunit. 

Mazda CX30

Harga ini kira berpatutan sebab ia sebuah McLaren dan lagi satu ada nama Senna. Biasanya tak rugi beli model macam ini sebab harganya akan naik kemudian hari. Itu pun jika pemiliknya nak jual.

BACA: DUCATI 916 SENNA – IDAMAN RAMAI SUATU KETIKA DAHULU

BACA: McLAREN MAHU JADI RAJA SUPERCAR, SUDAH TENTU DENGAN BANTUAN CHINA

Tags
Google ads
Back to top button