Buletin

MINI LANCAR PROJEK RECHARGED, TUKAR MINI KLASIK JADI EV!

Sudah terdapat beberapa pihak dan firma talaan yang mula menawarkan khidmat restomod kereta-kereta klasik menjadi sebuah EV (elektromod).

Terbaharu, MINI kini melancarkan projek mereka yang tersendiri dinamakan sebagai Recharged.

Tidak seperti projek-projek kecilan yang diketahui sebelum ini, MINI akan menugaskan sebuah pasukan yang berdedikasi untuk menukarkan mana-mana model klasik MINI menjadi kenderaan elektrik pada skala yang lebih besar.

Ini bermakna, anda boleh menukarkan enjin asal MINI kepada motor elektrik yang mampu menjana kuasa sehingga 121 hp, dengan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh sembilan saat.

Menggantikan peranan tangki minyak adalah pek bateri bervoltan tinggi yang mampu membenarkan pemanduan sejauh 160 km sahaja, tidak begitu jauh, tapi amat berguna untuk memasuki kawasan bandar tanpa memerlukan pembayaran caj kesesakan.

Disebabkan restomod ini bersifat retrofit, MINI yang telah ditukarkan menjadi EV boleh dikembalikan semula sifat asalnya menjadi sebuah MINI berkuasa petrol dengan mudah.

Google ads
Back to top button