Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG BMW TWINPOWER TURBO. MEMANG POWER

Sekitar 2011 ketika dunia automotif menyaksikan pengeluar kenderaan mengecilkan saiz enjin kereta dan memasang turbo pada kenderaan mereka, BMW tampil dengan satu teknologi yang diberi nama TwinPower Turbo. Teknologi ini menyaksikan kebanyakan enjin 6 silinder bersaiz besar digantikan dengan enjin 4 silinder yang lebih kecil dan kompak

Bagi enjin diesel, masih lagi ada enjin datang dengan barisan 6 silinder tapi ia lebih cekap tenaga bagi membolehkan enjin ini mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida melalui proses EGR dan TwinPower juga mengetengahkan beberapa teknologi lain seperti sistem suntikan bahan api terus tekanan tinggi, Double VANOS (aka VTEC) dan juga teknologi pemasaan injap VALVETRONIC

Enjin TwinPower yang pertama dikomersialkan oleh BMW mula dipasarkan pada tahun 2011 dengan pelancara BMW X1 xDrive281 yang menggunakan enjin 4 silinder petrol bagi menggantikan enjin 3000cc 6 silinder Natural Aspirated yang lebih besar. Enjin 6 silinder dengan kod N52B30 yang sebelum ini dignakan pada X1 menghasilkan 241 kuasa kuda digantikan dengan N20B20 4 silinder 2000cc yang berupaya mengasilkan kuasa yang sama

Enjin N20 menghasilkan 350Nm tork dari seawal 1250 RPM atas sikit dari kelajuan melahu (idle). Ia berupaya membuatkan X1 memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.5 saat, iaitu 0.3 saat lebih pantas daripada sebelum ini. Dari segi penggunaan bajan api, ia menurun sebanyak 1.5 liter kepada 7.9 liter sahaja bagi setiap 100km perjalanan

Di samping enjin 4 silinder turbo petrol, BMW juga turut mengetengahkan enjin 6 silinder turbodiesel dengan teknologi TwinPower Turbo pada tahun 2011. Enjin 3000cc 6 silinder sebaris dengan kod N57D30O1 (Enjin N57, Diesel, 3000cc, Varian O1) datang dengan 254 kuasa kuda dengan mengetengah kecekapan yang tinggi melalui pengurangan geseran, berat dan sistem suntikan bahan api baru

Unit Common Rail diesel tekanan sehingga 1800 bar digunakan bagi menghasilkan 560Nm tork dari 1500RPM. Turbo yang digunakan pula menggunakan rekaan geometri kemasukan boleh ubah (variable intake geometry). Bagi model F10 530d xDrive, enjin ini mampu membuatkan F10 memecut dari 0-100 dalam masa 6.1 saat dan penggunaan bahan api sekitar 17.5 kilometer bagi setiap liter diesel

TwinPower Turbo yang diketengahkan oleh BMW merupakan teknologi turbo tapi dengan menggunakan sistem skrol berkembar bukannya sistem turbo berkembar. Skrol berkembar menggunakan 2 pintu kemasukan gas ekzos ke dalam turbin serta rekaan manifold ekzos yang sesuai. Ini kerana setiap skrol akan menerima 2 aliran gas ekzos bagi setiap skrol

Ia direka seolah olah sistem turbo adalah 2 input namun output sistem hanya akan dihantar pada satu turbin sahaja. In bermakna sistem ini dipacu oleh 2 input namun menghasilkan satu input.

Bagi enjin 4 silinder, gas ekzos dari silinder 1 dan 3 akan digabungkan kepada satu skrol dan gas ekzos dari silinder 2 dan 4 disambung kepada unit skrol ke dua. Bagi enjin 6 silinder, gas ekzos akan dihasilkan dari kombinasi silinder 1-3-5 untuk satu skrol dan 2-4-6 untuk satu skrol. Bagi enjin BMW V8 ia akan menggunakan 2 unit turbo skrol berkembar yang akan dipasang di bahagian tengah enjin dan digelar TwinTurbo Power

Antara kebaikan sistem TwinPower Turbo yang menggunakan sistem skrol berkembar berbanding dengan sistem skrol tunggal ialah:

1. Tekanan atau boost yang dihasilkan adalah sekata dan pantas

2. Tiada gangguan pada boost pada mana-mana RPM enjin kerana gas ekzos sentiasa menggerakkan sistem turbo

3. kecekapan sistem turbo dan jangka hayat sistem bertambah bagus

4. mengurangkan masalah turbo-lag dan mengurangkan penggunaan bahan api

5. Tork dijana lebih awal dan kekal pada RPM tinggi sama seperti enjin yang dipasang dengan turbo berkembar

Bagi memaksimakan kebaikan enjin BMW TwinPower Turbo, beberapa komponen telah direka bagi mengurangkan gegaran, memastikan enjin seimbang dan penghantaran kuasa berjalan lancar. Piston dan silinder direka supaya tidak selari dengan aci engkol serta dipasang dengan flywheel dual mass bagi membatalkan sebarang gegaran enjin pada RPM rendah

Mungkin enjin tidak lagi akan digunakan secara meluas pada masa akan datang memandangkan BMW sudahpun mula menjual kereta berkuasa elektrik sepenuhnya termasuklah di Malaysia. Ini bagi memenuhi komitmen mereka dalam mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida pada alam sekitar

Google ads
Back to top button